Memaparkan catatan dengan label My Story. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Story. Papar semua catatan

Isnin, 16 Februari 2015

Biniku Pena Tak Pernah Lena

Assalamu'alaikum semua...
Lama pulak rasanya blog ni tak di'update'. Tapi takpa, aku cuba jugak walaupun sebulan sekali update. Ngeh3. Bukan senang nak cari idea nak menaip ni. Ye dak. Tajuk tu saje je buat gempak. Takda kaitan pun sebenarnya. Hahaha. Akhir-akhir ni agak sibuk sikit. Nak kata kerja belum kerja lagi. Hahahaha.

Habis je musim banjir itu hari, sempat jugak la join krew-krew sukarelawan bersih kawasan-kawasan yg kena banjir especially sekolah-sekolah kat area kelantan ni. Banjir kali ni memang agak teruk sebab kawasan yg kena banjir penuh dengan lumpur tebal selepas drpd banjir besar kali ni. Bagi yang berkesempatan jadi sukarelawan itu hari dapat la rasa macam mana aku rasa. Walupun agak letih tapi seronok tu ada sebab dapat tolong orang lain. :D

Pastu, sibuk pulak dengan tour qasidah kat kelantan. Hasil daripada perbincangan member-member yang ada kat kelantan ni, tertubuhlah kumpulan qasidah Soutun Naim. Kitorang kembara kat seluruh kelantan ni utk memperkanalkan inisiatif hiburan islamik berbentuk qasidah yang mana banyak unsur-unsur selawat dan memuji Baginda Rasulullah. Alhamdulillah, penerimaan masyarakat cukup menggalakkan. Moga-moga kelantan terus diterangi dengan cahaya kata-kata pujian selawat ke atas baginda. Aminnn...

Baru sahaja beberapa hari yang lepas, kita telah kehilangan permata yang cukup berharga di negara kita, iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, ulama' yang sangat terkenal dengan kezuhudan beliau dan perjuangan menegakkan Islam kat negara kita. Terlalu banyak jasa beliau sehingga pemergian beliau dirasai oleh semua masyarakat Malaysia. Aku berpeluang sampai ke Pulau Melaka, kediaman beliau pada hari pengkebumian beliau jumaat lepas. Ternyata, croud yg sangat ramai sampai aku tak boleh nak masuk dekat. Kalau datang awal pagi mungkin sempat utk solat jenazah bersama jemaah kat sana tapi sampai agak lambat dengan jalan banyak ditutup sebab jem, so, dapat tengok dari jauh je la. Sungguh Allah muliakan beliau. Apa-apapun, sama-sama kita sedekah al-Fatihah kpd Allahyarham. Al-Fatihah. 

Sekarang ni masih lagi dlm mood nak tunggu posting. Entah sampai bila la aku nak tanam anggur kat rumah ni. Anggur pun tak berbuah-buah. Hahaha. Member-menber dah ada yang posting tp takpa lah, mungkin bukan rezeki aku lagi. Mungkin ada hikmahnya kot. Lagi pun banyak lagi perkara yang belum setel lg. Sebelum terbang ke Sabah Sarawak (macam dah confirm je dapat sana) nak setel apa yang patut kecuali kawin. hahaha. Kawin tu biarlah dulu. Aku rasa muda lagi aku ni. Tak puas lagi membujang. Hehehe. Ok lah. setakat ni dulu untuk kali ni. Jumpa lagi ye. Assalam.. :D

p/s : iklan sikit, jangan lupa saksikan rancangan assalamu'alaikum tv al-hijrah 19hb ni (Khamis). insyaAllah aku & team aku akan perform untuk pembuka n penutup rancangan tu. nantikan.. hehehe..

Sabtu, 20 Disember 2014

Air Oh Air Banjir

Assalamu'alaikum kawan2..hai..
Alhamdulillah, syukur kerana masih diberi nikmat oleh Allah untuk aku menaip hari ni. Tak lupa juga selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sollu alan Nabiy!

Buka tv tengok berita hari ni, mangsa banjir dah makin meningkat kat kelantan nih. Dua tiga hari lepas hujan lebat tak berhenti dari pagi sampai ke malam. Banyak la kawasan-kawasan yg rendah habis ditenggelami air. Esokkan harinya, cuaca berubah, dari pagi sampai ke malam hujan tak turun lansung. Sedikit kelegaan dalam diri ni. Orang duk cakap tahun ni terburuk dalam masa 10 tahun. Aku harap tak lah. Bila sehari tak hujan tu duk ingatkan selamat, tapi esokkannya lagi banjir bertambah teruk. Sebab apa? air sungai melimpah. Walaupun hujan berhenti, bukan bermakna air banjir dah susut. Air sungai melimpah pulak sebab katanya empangan dibuka, kasi lepas semua air.

Makanya, secara tak semenenya, sampai la jugak air banjir ni kat kawasan rumah aku. Memang betul apa orang kata, banjir tahun ni paling teruk sebab selama 10 tahun aku duk sini tak pernah lagi aku jadi mangsa banjir yang kena pindah. Mana taknya, dulu-dulu time musim-musim banjir ni, air duk keliling rumah je. Tak berani nak naik sampai ke dalam rumah. Ngeh3...

Ada sesuatu yang buat musykil bila banjir ni. Kawasan rumah aku ni naik air waktu tengah malam. Malam tu memang tak tido sebab nak jaga takut-takut air naik mendadak. Memang betul la sangkaan aku, air naik mendadak. Lebih kurang dalam pukul 4 pagi air dah penuh satu rumah. Sebelum tu memang dah siap-siap simpan atur barang-barang letak tempat selamat. Tapi bukan benda ni yang memusykilkan aku. Yang aku hairannya, takda pulak penyelamat ke, jpa ke, polis ke nak datang tengok-tengok. Jiran sebelah rumah dah call polis tapi nampak macam takda tindakannya pun. Kitorang satu family pun buat keputusan untuk pindah balik rumah mak sedara kat kampung. Tak jauh pun dari rumah, lebih kurang dalam 15km.

Keesokkannya barulah ada orang dekat kawasan rumah tepon untuk maklumkan yang kena gi daftar sebagai mangsa banjir kat pusat pemindahan. Tu pun bila dah petang. Start enjin kete, then terus la gi kat tempat yang diberitahu tu. Sampai sana diorang cakap kena gi dekat tempat lain pulak. Sampai yang tempat lain tu, disuruh untuk ke tempat satu lagi pulak. Adoi, berapa banyak tempat da yang kena gi ni. Sampai je tempat satu lagi, tengok orang ramai giler. Nak mendaftar mangsa banjir macam nak beratur mengundi. Akhirnya, kitorang buat keputusan tak jadi nak daftar. Bukan nak duduk pusat pemindahan pun, just nak daftar je untuk dapat bantuan. Dah ada rumah sedara, duk rumah sedara je la kan. Takpalah, takyah la bantuan tu....pasrah je...ngeee...

Bila dah banjir ni, kena fikir pulak la untuk kemas cuci balik rumah. Hattu la yg paling letih. Almari perabot yang rosak dah tentu kena tukar baru. Huhuhu. Tapi takpa, ni satu ujian buat keluarga aku. Air dah makin surut dah, tinggal bahagian dalan rumah paling belakang je masih ada air. Semoga tabahlah diri ini ye. Panjang pulak cerita kali ni..hihihihi..babai..w'salam..




Rabu, 19 November 2014

Selesai, Maka Bermulalah...

Assalamu'alaikum............
Syukur Alhamdulillah, aku masih lagi bernafas kat atas muka bumi ni. Hampir dua bulan jugak aku tak jenguk-jenguk alam blog ni. Maklumlah dekat-dekat habis sem agak busy dengan macam-macam hal, itu ini begitu begini...

Walaubagaimanapun, hampir semua urusan aku kat IPG ni telah selesai. Interview sudah, exam pun sudah, & last sekali pengajian kat IPG pun hampir-hampir melangkah ke garisan penamat walaupun actually memang dah tamat dah pun. kih3....

Selama 5 tahun setengah aku belajar kat IPG Tuanku Bainun. Walaupun penuh dengan rasa bosan, giler kau tak bosan, lama giler kot, tapi dalam tempoh ni la terlalu banyak pengalaman, peristiwa yang dapat dilupakan. Bosan, tapi sukar untuk dilupakan. Selama ini jugaklah aku mencipta kenangan-kenangan indah dengan teman-teman, kawan-kawan, sahabat-sahabat & seumpamanya. cewwahh...

Lepas ni, semua akan mula kehidupan baru sebagai warga pendidik yang akan bertebaran ke seluruh Malaysia ni. InsyaAllah akan dipertemukan lagi suatu hari nanti, mungkin dah beranak berbini. Namun, persahabatan takkan putus buat selamanya..kan..kan..kan..

Ok dah, malas nak taip panjang sebab takde idea..kih3..

So, salam maju jaya buat semua. Assalam....

p/s: taknah buh gambar sebab tak tau nak buh gambar ape..ngee

Ahad, 21 September 2014

What's Up?

Assalamu'alaikum. Semua sihat? Alhamdulillah kalau masih sihat. Sama-sama kita penjatkan kesyukuran yang tak terhingga kehadrat Allah s.w.t kerana Dia masih beri kita nafas untuk meneruskan hidup kita pada hari ini. Tak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, guru kita yang paling agung, paling mulia. Mudah-mudahan dengan selawat kita pada hari ini, dapatlah kita syafaat di akhirat kelak. Amin......

Takda apa pun yang nak dikongsikan dalam entry kali ni. Cuma, akhir-akhir ni agak sibuk dengan kerja yang agak banyak, maklumlah dah semester akhir tambah-tambah pulak line internet sekarang susah benor nak dapat. Syukurlah, baru balik dari bercuti di kampung, dan barulah nak dapat internet kat hostel IPG ni. Kat rumah dekat dua bulan line internet putus dek pencuri kabel yang tak bertanggungjawab. Amat menyusahkan penduduk kampung. Nak curi kabel, curi la tempat lain. Keh3..

Ok la..Pendek je entry ni, and aku nak sambung buat kerja. Nanti ada masa, aku nak update aktiviti-aktiviti aku yang lepas. Ngeh3..

Salam...

gambar suka-suka

Isnin, 1 September 2014

Bicara Konspirasi oleh Nurani Maarif

Semalam telah berlansung program seminar konspirasi yang disampaikan oleh penulis buku 'New World Order', Nurani Maarif di Hotel Summit, Bukit Mertajam. Alhamdulillah, kami ahli Al-Ihya' Maulid Ensemble turut sama dijemput hadir utk memeriahkan program dengan mempersembahkan beberapa buah lagu daripada album kami, 'Fitrah Warisan'. Alang-alang dah datang ke program tu, aku ambil peluang lah untuk duduk sebagai peserta. Hasilnya, memang terbaik! segala misteri tentang dajjal dan rancangan dajjal di akhir zaman ni dirungkaikan dengan sangat baik oleh Nurani Maarif. I'll give you, five star! ececece..:D

 Buku Konspirasi Terakhir, New World Order. Karya terbaru daripada Nurani Maarif. Boleh dapatkan di pasaran sekarang.

Sempat bergambar sambil-sambil nak promosi album Fitrah Warisan. Ehehehe

InsyaAllah, kalau aku ada kesempatan, aku akan cerita tentang apa yang dibentangkan dalam seminar semalam. Sekarang ni nak fokus action research dulu. Kbai.. :D


Isnin, 18 Ogos 2014

Fitrah Warisan by Al-Ihya Maulid Ensemble

Alhamdulillah, kami baru sahaja menerbitkan album baru kami yang berjudul Fitrah Warisan. Sape2 yang nak dapatkan album ni boleh hubungi nombor yang tertera pada gambar di bawah. Hanya dengan RM16.90. Dengarkan teaser Fitrah Warisan di Youtube Teaser Fitrah Warisan.



Artist : Al-Ihya' Maulid Ensemble - Fitrah Warisan

Product info : available on soundcloud via Sound Cloud Al-Ihya' Maulid Ensemble
Genre Type : Nasyid Region

Ikhwan Arrumi Production

The album "Fitrah Warisan" is now available! Check it out at islamic bookstores & music stores near you. Or call@whaatsup 0132991839 / 0139663678

Synopsis : 
01. Gurindam Tauhid
02. Insan Terulung
03. Indahnya Nabi
04. Cinta Dalam Jiwa
05. Dendang Perindu
06. Dikir Cinta
07. Khairal Bariyyah
08. Seloka Raya (Bonus track)

Follow, Like & Subcribe :
emel: ihya.maulid.ensemble@gmail.com

Khamis, 4 Julai 2013

Nikmat Dalam Ujian

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah rabbul 'izzati atas nikmat yang telah dikurniakan. Selawat dan salam kepada junjungan besar lagi terpuji, Nabi Muhammad s.a.w. Insan mulia yang tak pernah kenal erti penat lelah berjuang menyebarkan agama Islam yang tercinta. Allahumma Solli Wasallim 'Ala Sayyidina Muhammad, wa aalihi Sayyidina Muhammad.

Pejam celik pejam celik, dah masuk sem 6 aku dalam tempat pengajian aku ni, IPG Tuanku Bainun. Semester yang memerlukan aku lebih tabah dan kuat. Almaklumlah, sejak akhir-akhir ni banyak mehnah yang Allah timpakan. Namun, aku akan terus anggap ia satu ujiam dari Allah untuk mendidik aku. :) 

Alhamdulillah, untuk praktikum kali ini, aku ditempatkan di sekolah yang agak berbeza dengan kawan-kawan aku yang lain. SK Pulau Aman, sebuah sekolah yang letaknya di sebuah pulau dalam area Batu Kawan, Penang. Walaupun perjalanan nak ke sekolah tu kena naik bot, tapi bagi aku tu, perkara tu lah yang menyeronokkan sebab susah nak dapat peluang macam ni. Sekurang-kurangnya, boleh buat persediaan, biasakan diri untuk posting kat sabah sarawak nanti. Hehe. Jadi orang pulau lah aku dua bulan nanti. InsyaALLAH, 15 Julai nanti aku akan mula berkhidmat kat sekolah itu. Jemput datang ziarah ye. Hehe.

Dalam semester ni, ada satu subjek yang agak sedikit tuff, iaitu Hafazan al-Quran. Alhamdulillah, ini pun satu peluang untuk aku menghafaz sedikit sebanyak surah-surah dalam al-Quran. Nak harapkan waktu biasa-biasa memang susah la nak commit dengan hafalan ni. So, aku akan jadikan peluang ni untuk hafaz sepertimana dalam sukatan dan kalau boleh teruskan lagi dengan hafalan-hafalan lain yang takde dalam sukatan. InsyaAllah. Doakan. :)


Isnin, 24 Jun 2013

Langkah Tercipta

semalam aku kelukaan, kecewa, kehampaan,
mencalar ketabahan.
mimpi yang sering ku harapkan menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam, lemah daya,
haruskah aku mengalah?
namun jiwa ku berbisik inilah dugaan.

dan mataku kini terbuka pada hikmah dugaan, uji keimanan..
tak dilontarkannya ujian di luar kekuatan setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku, untuk bangkit semula,
meneruskan langkah perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.
kurniakan ketabahan agar mimpi jadi nyata..
PadaMU ku meminta...

daku mohon agung kudratMU,
wahai Tuhan yang Satu,
segalanya dariMU...

Selasa, 19 Februari 2013

Sudah Kuduga

lama sungguh rasa jari ni tak tekan-tekan papan kekunci laptop ni. maklumlah, semakin hari semakin sibuk dengan macam-macam hal. dalam hari-hari yang berlalu ni, banyak benda yang aku rasa nak kongsikan kat sini tapi nak buat macam mana, waktu sangat suntuk. tak apa lah, biar sahaja ia terpendam sepi di dasar hati.

waktu ini, terlalu banyak perkara yang bermain di legar pemikiranku. aku tak tahu sampai bila ia harus kekal di benak fikiran. merenung kata-kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah, "Orang yang selalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani". ya, sering sangat terjadi perkara ini pada aku. banyak berfikir tapi tindakannya tiada. terlalu takut dengan kesan yang akan terjadi. kalau nak jadi jadi pemimpin, bukan begini caranya. kalau pemimpin penakut, anak buah macam mana?? hmm, terkadang aku mengeluh sendirian. bukan sahaja kerana aku seorang pemimpin, tetapi, sebagai seorang muslim dan mukmin. kalau hanya dengan perkara kecil sudah takut akan akibatnya, apatah lagi dengan sesuatu yang besar. nak berjuanga bawa Islam ke serata dunia tapi pengecut! berubahlah hamdi.........

Ya Allah, bantulah aku dalam menempuh hari-hari yang mendatang........amin...

Khamis, 7 Februari 2013

Menyimpang Seinci, Rugi Seribu Batu

Tajuk entry kali ini agak panjang sedikit tapi mungkin isinya hanya ringkas. Hari ini aku taknak tulis panjang-panjang. Bukan malas atau apa-apa tapi cukuplah sekadar perkongsian yang ringkas mungkin.............

kadang-kadang kita harus berpura-pura..berpura-pura macam mana? bila datang ujian dan masalah yang agak berat untuk kita pikul, kita sembunyikan yang kita berada dalam masalah tersebut.. kena rasional.. jangan kerana masalah yang kita alami, menyebabkan orang lain yang susah.. walaupun menakung air mata kita atas dugaan yang bertali arus, jangan pernah pun setitis air mata kita gugur berderai di pipi.. kena kuat dan lebih matang untuk menempuh hari-hari yang mendatang..

secara jujurnya, kata-kata di atas khusus aku tujukan buat diriku yang tak henti-henti ujian datang menguji.. "enta kena pegang lagi setahun, hamdi..mesti pegang setahun lagi.." kata-kata penasihat BKS (Badan Kebajikan Surau) yang benar-benar menggertak jiwa aku..dah setahun aku bergelar pengerusi untuk BKS ni.. saat yang aku nanti-natikan iaitu penyerahan tugas BKS kepada pimpinan baru hampir menjelma.. namun, akhir-akhir ni, terlalu banyak isu dan kontroversi yang berlaku berkait dengan organisasi yang aku pegang ni.. sejak tertubuhnya pusat islam di ipg aku, keadaan menjadi semakin rumit dan pihak majlis syura telah bersetuju untuk mengekalkan jawatan yang lama.. mereka tak yakin akan bakal-bakal pelapis daripada kalangan adik-adik untuk meneruskan legasi BKS dengan isu yang sedang terjadi ni.. mereka mahukan orang yang berpengalaman.. aku tersentak seketika.. aku sangkakan legasiku bakal berakhir namun, ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan.. walaupun dalam hatiku amat berat untuk terima keputusan ni, aku cuba untuk positif.. mungkin ini peluang aku untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapan aku yang lepas.. aku tak nak jadi orang yang mengkhianati amanah... :(

Firman Allah S.W.T, Al Anfaal: 27. "Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)."
aku tak tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran.. terlalu banyak benda sampai terbelit-belit dan tak tahu benda mana yang nak setel dulu.. entah-entah tak tersetel pun mungkin.. semakin hari, hidup makin susah.. itulah realiti alam dewasa.. memang perlu untuk lebih matang berfikir dan tak susahkan orang lain.. ya, memang misi aku tahun ni untuk jadi lebih matang.. kawan-kawan yang rapat semua tahu.. diorang la yang jadi pembakar semangat aku.. "Di, Di, tahun 2013 ni Di.." kata-kata ni la yang buat aku sedar sikit.. hehe.. Ya Allah, permudahkanlah urusanku...amin......
bagaikan camar pulang senja, patah sayapnya tetap terbang jua...
sekadar secicip rezeki, buat yang sedang rindu menanti
segenggam tabah dipertahankan buat bekalan di perjalanan
kau ubat luka yang berdarah, kau balut hati yang calar
telah tertulis suratan nasibmu..
derita buatmu ada hikmahnya..
terlukis senyum di bibir lesu..
tak siapa tahu hatimu..
biarpun keruh air di hulu..
mungkinkah jernih di muara..
biarpun jenuh hidup dipalu pasti bertemu tenangnya....


"Menyimpang Seinci, Rugi Seribu Batu"...renungkan sejenak...

Khamis, 31 Januari 2013

Di Malam Itu..



sedang jalan-jalan ziarah bilik member kat hostel, tersinggah la kat bilik sorang member aku ni, sembang-sembang sambil buat lawak. tiba-tiba terjmpa la pulak komik sinchan..layan kejap sambil tergelak-gelak..haha..duk tengah khusuk layan komik tu, masuk la sorang lagi member kamcing aku, Mus.. "Di, tau lagu Syurgamu Ungu tak? kalau tau, jom jamming kejap nak?" ajakan dia tu memang betul-betul mencabar kredibiliti aku..(apa kaitan?) haha..gi la lepak pulak kat bilik member aku ni, jamming dengan dia..macam biasa la, dia ni memang kaki piano, so, dia main piano then, aku akan nyanyi..ngeh2..rasa tak syok pulak takde bunyi gitar..gi la balik bilik ambik gitar then sambung jamming..tapi maklumlah, aku ni bukannya pemain gitar professional, nak nyanyi sambil main gitar, memang tak la..so, panggil la roomate aku pulak untuk join..haha..maka, berjamminglah kami semua malam tu..si Mus ni main piano, roomate aku main gitar then aku nyanyi..macam biasalah, kalau part-part nyanyi ni memang diorang akan panggil aku la kan.hehe..layan la lagu Syurgamu malam tu..last-last kitorang wat decision untuk perform lagu ni time konsert amal palestin minggu depan..hehehe..sempat la jugak praktis lagu Damai Yang Hilang untuk perform malam konsert tu jugak..kalau takleh pakai akustik, aku guna minus one pun ok dah..aku tak kisah sebab yang penting lagu Damai Yang Hilang mesti kena perform jugak..memang sesuai la dengan konsert amal palestin, so, lagu pun mesti la ada kaitan dengan palestin, kesengsaraan..lagu Damai Yang Hilang memang sangat sesuai..lagi satu, lagu ni pun permintaan daripada seorang sahabat aku..dia nak tengok sangat aku perform lagu ni..hehe..

perform, perform jugak..penghayatan pun perlu..dah memang jadi kebiasaan aku, setiap kali aku perform sesuatu lagu or qasidah, memang aku pejam mata waktu hayati lagu tu..lebih-lebih lagi part yang pitching tinggi..geng-geng nasyid aku, kalau part tinggi ni pakat bergantung kat aku la..diorang ni bukan tak boleh buat tapi tak yakin..adoinye..belatih la abang weh..khusus aku tujukan kat paan rosli ni..(kalau dia baca blog aku ni la..haha..)

apa yang penting, tujuan aku satu ja, nak sampaikan mesej melalui kesenian..berdakwah melalui muzik yang zaman sekarang ni, muzik memang menjadi igauan pemuda pemudi..so, tarik minat diorang dengan persembah nasyid ni..mudah-mudahan, ada la yang terkesan pada diri..insyaAllah...:)

kat bawah ni, aku nak kongsikan chord lagu syurgamu bagi siapa-siapa yang minat main gitar..enjoy...:)

Intro:
Am.....Em.....F.....C.....Dm.....G.....C

Verse:
   Am            Em
Sgala yang ada dalam hidupku
   F              C
Kusadari semua milikMu
  Dm          G          C
Kuhanya hambaMu yang berlumur dosa

      Am         Em
Tunjukan aku jalan lurusMu
  F             C
untuk menggapai surgaMu
Dm             G           C
Terangiku dalam setiap langkah hidupku


Pre-chorus:
   Dm             Em  
Karena........Kutahu.....
      F              G
Hanya kau...... Tuhanku....


Chorus:
   Am   Em      F        C 
Allahu akbar Allah maha besar
    Dm      G           C
KumemujaMu disetiap waktu
      Am    Em      F          C
Hanyalah padaMu tempat ku berteduh
    Dm       G          C
Memohon ridho dan ampunanMu


Verse:
      Am       Em
Tunjukan aku jalan lurusMu
    F           C
untuk menggapai surgaMu
  Dm           G                C
Terangiku dalam setiap langkah hidupku


Pre-chorus:
    Dm             Em
Karena........Kutahu.....
      F              G
Hanya kau...... Tuhanku....

Chorus:

(Sumber : http://tabs.ultimate-guitar.com)

Selasa, 29 Januari 2013

Perjalanan Ini....

Assalamu'alaikum...
Lama pula rasanya aku tak update blog ni. Maklumlah seminggu ni jadual agak padat dengan undangan ke majlis-majlis lantunan mahabbah dan cinta Rasul. Alhamdulillah, aku sungguh gembira dan rasa beruntung kerana berada dalam jalan mahabbah Rasulullah ni. Beberapa minggu lepas persembahan qasidah di SMKA Slim River, Perak sangat memberansangkan. Semua pelajar begitu bersemangat untuk melaungkan kata-kata cinta terhadap Rasulullah. Dengan alunan lagu YA HANANA yang dialunkan oleh sahabat aku, Khairol, mampu menaikkan semangat pelajar-pelajar untuk turut sama berqasidah bersama kami. Alhamdulillah, ramai yang sudah mengenali lagu Ya Hanana ni.

Minggu depannya pula, di SMKA Kerian, juga perkara yang sama berlaku. Lagu Ya Hanana dan Ya Rabba Makkata sangat digemari oleh pelajar-pelajar. Mereka melaungkan qasidah-qasidah ini dengan cukup bertenaga bersama kami. Sempat juga kami bertemu muka dengan team qasidah daripada sekolah ini dan sempat juga mereka mendendangkan dua buah lagu kepada kami. Alhamdulillah, penerimaan qasidah di sekolah ini amatlah menggalakkan sehingga ada 2 orang pelajar yang bertemu personally dengan aku untuk menuntut ilmu bermain alat muzik. Haha, nak tergelak aku. "Abang ni bukan specialist untuk main alat dik. Abang ni tekong..haha.." usik aku..hehe. Bukan apa, sebab malam tu aku main alat sebab orang yang sepatutnya main tu tak hadir jadi aku gantilah tempat dia untuk main. Hahaha. Malam tu aku sempat bawak satu lagu je, yang len khidmat untuk main alat. hehe..

Alhamdulillah, bermula dari awal Rabi'ul Awal dah ada jemputan untuk persembahan qasidah. Nak cerita semua memang panjang lah jadinya, so, aku cerita majlis yang besar-besar je la ye..hehe. Firstly, majlis sambutan Maulidur Rasul di Ma'ahad Tahfiz Ibnu Sina kat Prai, Penang. Alhamdulillah, hadirin yang cukup ramai dan persembahan yang bertenaga dari 5 kumpulan qasidah. Tak lupa juga persembahan di Majlis Maulidur Rasul di IPG aku sendiri yang didatangi oleh seorang ulama' besar, Habib Mahdi bin Abu Bakar Al Hamid. Seorang mudir di Madrasah Tazkiah di Kuala Lumpur. Penyampaian beliau yang cukup terkesan ke dalam jiwa sesiapa yang mendengarnya.

Keesokkan harinya pula, kami dijemput untuk membuat persembahan di Anjung Menjaro, Yan, Kedah. Pada majlis itu juga didatangi oleh Habib Mahdi yang datang ke IPG aku hari sebelumnya. Beberapa hari selepas tu, kami dijemput untuk membuat persembahan di Majlis Walimah bekas pelajar IPG kami, Ustaz Afif Yahya, seorang individu yang hebat bukan sahaja di IPG malah seluruh Malaysia. Aku sangat kagum dengan beliau dan sekarang dah menerbitkan 6 buah buku. Sejurus selepas tu, kami terus bergerak ke Stadium Suka Menanti, Kedah untuk persembahan pada malam tu bersama dengan Syeikh Nuruddin Al-Marbu Al-Banjari Al-Makki. Seorang ulama' yang sangat hebat dalam ilmu hadis. Sebelum majlis malam tu, aku sempat untuk hadiri Majlis Anak-Anak Berselawat di tempat yang sama. Kali ni agak special sebab aku ditugaskan untuk jadi pengacara majlis..hehe..

Selang beberapa hari lepas tu, kami dijemput pula untuk buat bersembahan di Kompleks Tarbiyyah Raudatul Jannah (KoTaRaJa) di Ipoh, Perak. Kami tiba agak lambat sebab perjalanan yang agak jauh. Alhamdulillah, setibanya di tempat tu kami terus dijemput untuk mempersembahkan beberapa lagu qasidah. Majlis kali ini dihadiri oleh Syeikh Zainol Asri bin Hj Romli atau dikenali dengan Paklong Zainol. Seorang ulama' yang sangat terkenal di Kedah dan merupakan seorang Mudir di Ma'had Tahfiz Darul Hadis. Penyampaian beliau pada pagi tu sungguh menusuk dalam kalbu. Beliau menceritakan sedikit sebanyak berkenaan lagu qasidah yang dibawa oleh kami iaitu lagu Ya Hanana dan Solatun Bissalamil Mubin. Bila dihayati maknanya, sangat terkesan ke dalam hati. Paklong Zainol menerangkan maksud Ya Hanana yang dikatakan Kami Seronok. Seronok kerana kita dikurniakan seorang nabi yang sangat mulia yakni Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, majlis yang cukup bermakna dengan penyapaian tausiah daripada Paklong Zainol. Sollu Alan Nabi!

Mungkin itulah sedikit sebanyak aku boleh ceritakan sepanjang perjalan mahabbah Rasulullah ni. Banyak lagi yang aku boleh ceritakan pengalaman sepanjang perjalanan ni tapi takut jadi panjang sangat pulak kan..hehe..walaubagaimanapun, dalam perjalanan ni, banyak jugak la mehnah dan tribulasi yang kami hadapi.. Kesukaran, wang, tentangan dan macam-macam lagi la..mungkin tak sesuai untuk aku ceritakan di sini..hehe..

Akhirnya, sempena bulan yang mulia ini, bulan Maulidur Rasul, marilah sama-sama kita banyakkan selawat dan tidak lupa juga untuk mengamalkan sunnahnya. Bukan dalam bulan ini je, tapi sepanjang hidup kita. Moga-moga kita beroleh syafaat di akhirat kelak..  :)

Logo Kumpulan Kami

Jumaat, 18 Januari 2013

Aku Seorang Penembak Tepat

Dengan bersenjatakan sniper buatan tangan, aku melangkah waja..walaupun berat untuk aku menjunjung misi ini, namun, atas sokongan dan dorongan teman-teman, aku melangkah dan terus melangkah..memerhati sasaran-sasaran yang bakal aku tujukan..nah, memang tepat...tepat sangat...sangat tepat..sasaran memang tepat...


actually, situasi kat atas ni berlaku pagi tadi..lawak sungguh..dengar macam perang betul pulak kan..nak dengar kisahnya bagaimana?haha..

sebenarnya, pagi tadi aku dan roomate aku terlewat 2 minit je ke kelas olahraga kat padang..(ni la padah tidur lepas subuh..nak wat cam mana, malam tadi agak letih la bawak motor sampai 3.30 pagi..tidur pun lambat la..hehe..) apa lagi, memang kantoi la sebab semua orang dah berkumpul kat tengah padang, so, takleh nak menyorok-nyorok dah..haha..dengan muka selambernya jalan jelah ke tengah padang walaupun dalam hati ni agak malu la kan sebab lewat...

oleh kerana kelewatan ni, dah tentu lah kene denda..so, apa yang lecturer suruh kitorang buat? "Kamu berdua g dekat laluan pintu masuk IPG, duk tepi jalan, pastu tembak semua kereta yang masuk boleh?selagi saya tak puas hati, saya takkan panggil kamu, paham"....tudia! kerja gila ni! hahahaha..nak wat camner, sape suruh lewat kan..hehe..

maka, bergeraklah kami berdua ke sana sambil ditemani hilai tawa rakan-rakan lain..aiseh, memang betul-betul malu weh! malu sungguh, duk tepi jalan, pastu hala tangan macam pistol kat kereta-kereta yang lalu then lepaskan tembakan dengan bunyi...waaaa, aku tak tahu nak letak mana muka ni..hahaha..abis lecturer-lecturer yang lalu pakat duk gelak..dan ada jugak yang kami tak sempat tembak, dia dah tembak kami dulu...haha..nampak sangat memang lecturer yang denda kami di duk biasa buat laguni dah..haha...

tapi lama-lama jadi seronok plak..tak henti-henti lepaskan tembakan yang dibalas dengan hilai tawa pemandu kereta yang kene tembak..siap ada lecturer yang kenal aku berenti dan tanya, "ni kena denda or tak kene denda?" tanya dia sambil ketawa...hahaha..lawak sungguh...lawak sungguh..aku rasa ni lah pengalaman yang paling memalukan aku sejak aku duk kat IPG ni...hehehe..

walaubagaimanapun, benda ni memang memberi kesan la rasanya...lepas ni memang takkan lambat dah walaupun seminit..ha, nak bagi tau kat sini, kita ni kena la jaga masa...jangan disebabkan kita, tergendala sesuatu program or aktiviti..pesanan untuk diri ni jugak..nasib baiklah tak kena denda taip essay 100 muka..kalau tak, naya..hehe..

salam jumaat semua...:D

Khamis, 10 Januari 2013

Apa Sudah Jadi?

"sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
dalam persekitaran yang penuh kejumudan
terperangkap dalam jasad, ku keliru
mujur ada kau si peneutralisasi pilu
namun aku tetap murung, berkurung
tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
komplikasi di halaman rusuk kiri
makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri......"

ayat kat atas ni bukan rekaan aku ye..ni adalah salah satu rangkap dalam lagu teman pengganti nyanyian black dan malique too phat..bila aku perhatikan bait-bait kata dalam lagu ni, liriknya sangat bermakna dan mendalam maksudnya..ye la kan, si malique ni kalau tulis lirik memang kaw2 la..tersirat abis maknanya..apa yang aku faham dalam lagu ni, ia berkisar tentang seseorang yang hampir menemui ajalnya, yang akan bertemu dengan kekasih abadinya di sana..aku paling suka ayat "dalam diam ada seorang yang ku puja, kau teristimewa tapi Dia yang sempurna"...sangat bermakna aku rasa...bila kita dah meninggalkan dunia ni, ada orang yang kita sayangi, kasihi, cintai yang kita tinggalkan, namun, kita pergi untuk bertemu dengan Dia yang paling sempurna...siapa? Allah s.wt...


semua orang takkan terlepas dari merasai kematian cuma, bila dan dimana, tak pernah pun kita tahu..bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa kita..sama la dengan jodoh kita, Allah dah tentukan siapa pasangan hidup kita yang terbaik untuk kita..

bila sebut pasal mati ni, kita sebagai umat ISLAM ni memang perlu untuk sentiasa ingat kepada kematian..sebab ingatan kita tu lah yang buat kita sedar bahwasanya mati tu boleh datang bila-bila masa je..jadi,sentiasalah mengingati mati dan bersedialah untuknya...wallahu'alam..

*hari ni tak brapa sihat, tu pasal la duk post pasal kematian ni...mana la tau kan, giliran aku tak lama dah...smoga Allah panjangkan umur aku...aminnn...
*hari ni jugak aku gembira sebab seorang lecturer belanja aku RM100...wow! banyak tu..kisahnya semalam dia ajak aku pergi makan steamboat..tapi kebetulan ada kerja pulak kan..rugi uu, orang nak belanja..hehe..tengok-tengok hari ni dapat panggilan suh jumpa dia kat bilik dia...ingatkan ada apa, rupanya nak bagi duit suh g makan steamboat dengan kawan-kawan..katanya, tak sempat nak ajak aku p makan dengan dia sebab dia nak g kursus kat KL..Ya ALLAH, rezeki aku hari ni..moga-moga Allah merahmati dia..

Rabu, 9 Januari 2013

Suratan Atau Kebetulan?

Sedang asyik mendengar lagu-lagu tarannum bacaan US RADHI, aku tersentak seketika kerana mendapat panggilan daripada satu nombor yang tidak dikenali. Lalu, aku menjawab panggilan tersebut.

Aku mulakan dengan bicara dengan memberi salam, "Assalamu"alaikum"

"Wa'alaikumussalam. Hamdi ke ni?"

"Ya, Hamdi yang bercakap. Siapa ni?"

"Ni Zack ni. Zack yang jaga dewan makan sekolah dulu. Ingat tak?"

"Zack mana ye? Aish, tak ingat la plak"

"Baru je berapa tahun tinggal sekolah dah lupa saya ke."

"Seriously tak berapa ingat. Yang mana satu ni?"

"Ni Zack la. Z. A. C. K. sampai hati tak ingat. Saya pernah wat kenduri kat pasir pekan sebelum saya pindah melaka dulu. Ingat tak?"

"Oh ye. Achik Zack kan? dah ingat. Dah ingat." balasku sambil ketawa sedikit. Ya Allah, sudah lama aku tidak dengar khabar berita Achik ni. Aku selalu panggil achik sampai lupa pulak yang namanya Zack. Seingat aku dahulu, dialah pakcik dewan makan yang paling kamcing dengan aku. Kalau ada makanan lebih mesti panggil aku punya. Aku masih ingat aku pernah habiskan lebihan ketulan-ketulan ayam waktu aku puasa sunat hari khamis dulu. Bila ingat balik memang lawak sungguh. Tak percaya Achik dibuatnya. Mana taknya, ayam tu bukannya sikit tapi banyak. Haha, takleh lupa kisah tu. Satu kelebihan jugak bila rapat dengan pakcik dewan makan ni. Ye la, makanan dapat lebih dari orang lain. Hehe, sangat tak adil.

Itu hanyalah kisah lama yang masih terngiang-ngiang dalam fikiranku. Actually, aku sangat terkejut sebab macam mana dia boleh dapat nombor telefon aku ni. Baru sahaja beberapa hari sebelum tu, aku pernah teringat kat dia waktu bercerita tentang alam persekolahan bersama teman-teman aku di IPG ni.

Bukan ini yang nak aku sampaikan dalam post kali ini tapi ia sedikit berkait dengan tajuk yang tertera kat atas ni. Suratan atau kebetulan? Macam tajuk lagu yang didendangkan oleh Kenny, Remi & Martin pulak ye. Famous jugak lagu tu. Aku pun pernah meminati lagu ni suatu masa dahulu. 

Sebagai manusia yang normal, hidup kita ni memang takkan terlepas daripada pelbagai ujian dan peristiwa-peristiwa yang susah untuk luput dari ingatan kita. Dan dalam banyak peristiwa yang berlaku, ada sesuatu yang menjadi suatu kebetulan. Tapi, benarkah ianya kebetulan? Adakah ia juga kita boleh katakan sudah suratan? Susah untuk aku fikirkan yang mana kebetulan dan yang mana suratan. Namun, aku kerap kali menganggapnya sebagai satu kebetulan. Tapi, bila difikirkan semula, mungkinkah ia telah ditetapkan atau sudah suratan sesuatu itu berlaku? Terpulang dimana letaknya pendirian kita. Jika hari ini kita mengaggap kita diuji dengan sebesar-besar ujian, ingatlah bahawasanya lebih ramai lagi yang mengalami ujian yang lebih besar, yang lebih berat. Anggap sahaja ianya sebagai kebetulan.

Walau apapun yang terjadi, kita perlu teruskan hidup. Jangan jadikan musibah dan ujian sebagai alasan untuk kita jadi lemah ye. Tak tau nak cakap apa lagi. Wallahu'alam......

*aku menulis post ni dalam keadaan kurang bersemangat ni. Pasai pa tak tau...haha..

Jumaat, 4 Januari 2013

'Penyakit'

Salam pembaca-pembaca blog sekalian...
Aish. Tak tahulah kenapa tangan ni gatal nak menaip je kerjanya. Sejak masuk ke dunia 2013 ni, aku rasa aku dah mula berminat dengan taip-menaip, tulis-menulis ni. Maklumlah, blog aku ni dah bersawang agak lama sampai lama-lama menderita kesunyian tanpa jengukkan tuannya.

Pertama sekali aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih buat 'follower-follower' yang sudi menjadi mengikut blog yang tidak seberapa ini. Sebenarnya, kehadiran korang lah menjadikan blog aku ni lebih gebu berseri-seri. Haha.

Risau jugak takut mula-mula je rasa bersemangat nak menaip menulis ni. Ni la 'penyakit' sesetengah blogger yang macam aku ni. Bila dah malas, dah bosan & dah makin sibuk, mulalah nak tinggalkan balik kerja-kerja menulis ni. Takpe, walaubagaimanapun aku akan cuba untuk teruskan penulisan aku. Aku nak merealisasikan impian aku untuk jadi penulis yang hebat sat hari nanti. Mana la tau kan, aku dapat terbitkan buku akau sendiri, siapa yang tahu kan.

Ok la. Setakat itu sahaja coretan untuk kali. Rasanya rasa rindu blog aku untuk melihat tulisan-tulisan baru aku dah terubat. Kita jumpa lagi ya. Assalamu'alaikum.


Khamis, 3 Januari 2013

Selamat Tinggal MASA LALU



2012 baru sahaja melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, sehingga hari ini, aku masih mampu untuk mengecapi nikmat Allah yang sangat tidak ternilai harganya. Aku bersyukur kerana aku juga masih berada di bawah sifat Ar-RahmanNya dan menikmati hidup sebagai khalifah di muka bumi yang fatamorgana ini. Sungguh, jika dihutung setiap nikmat yang dikurniakanNya, nescaya takkan terhitung walau setinggi mana sekalipun ilmu yang di ada. Segala-galanya adalah milikNya, tidak ada sesuatupun yang terjadi dengan sendirinya melainkan semuanya dengan kehendakNya.

Masa lalu...

Aku teringat kisah Imam Al-Ghazali bersama dengan anak muridnya di mana pernah beliau bertanyakan kepada anak muridnya,” Apakah yang paling jauh dengan kita?” maka, pelbagai jawapan yang keluar dari mulut anak-anak muridnya. “Semua benar tetapi apa yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama." Benar, masa lalu takkan pernah berada di hadapan kita setelah ia berlalu. Selangkah kita ke hari esok, berjuta langkah kita meninggalkan hari semalam.

Tirai 2012 meninggalkan terlalu banyak kisah untuk aku abadikan dalam lubuk memori aku. Tahun yang mengajar aku erti kehidupan sebenar. Sedar tak sedar aku sudah selangkah ke alam yang lebih dewasa, alam yang penuh dengan cabaran, alam yang tak pernah terlepas dari pelbagai dugaan. Lumrah kehidupan manusia, cabaran dan dugaan datang silih berganti. Hanya iman dan taqwa sebagai pelindung diri. Dan inilah sebenarnya yang mematangkan diri.

Terkadang ujian yang datang membuatkan diriku terjatuh ke dalam lubuk kegelapan. Aku jadi buntu dan hilang arah tujuan. Aku lupa bahawasanya ujian itulah tarbiah untuk diriku. Aku berdoa, "Ya Allah, kuatkanlah aku, berikanlah kekuatan untuk aku meneruskan hari-hari yang mendatang." Allah maha adil. Dia takkan memungkiri janjiNya. Dia tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Itulah apa yang telah termaktub dalam kitab yang suci lagi mulia, Al-Quran.

Sehinggalah suatu hari di mana Dia telah menghantarkan kepadaku seorang yang mampu mengubat keresahan dan kebuntuan dalam diri. Kehadirannya sungguh membuatku semakin bersemangat untuk meneruskan hari-hari yang mendatang. Namun, aku cepat sedar, bukan itu yang merubah diriku. Aku harus tahu, ia takkan mampu untuk kekal lama. Aku perlu mengerti, sesuatu yang datang itu pasti akan berlalu jua. Oleh kerana itulah aku tidak meletakkan harapan yang tidak pasti untuk sesuatu yang tidak pasti.

Saat ini, segala-galanya hanyalah tinggal kenangan. Kenangan yang mematangkan diri aku. Kenangan yang mengajar aku erti hidup dalam dunia. Terkadang hati kecilku ini menangis seorang diri tanpa aku sedar akan tangisan itu. Tangisan kerana segalanya telah berlalu. Namun, hakikatnya bukan mudah untuk ku sembunyikan gulana gundah. Segalanya telah berubah dan aku perlu berubah.

2013. Lembaran baru dalam hidupku untuk aku mentransformasi diri aku. Aku mahu terus melangkah ke hadapan untuk membina jiwa yang baru walaupun kutahu, "people changes but memories remain". Biarlah memori lama terpahat seketika di penjuru mindaku dengan harapan ianya akan terbang berlalu.

"Hidup itu umpama 3 detik, 1 detik sebelumnya adalah masa lalu, 1 detik saat ini adalah waktu sekarang, dan 1 detik ke hadapan adalah masa depan yang kita tidak ketahui bagaimanakah ia. tetapi 1 detik saat inilah yang akan mempengaruhi 1 detik ke hadapan."

Rabu, 2 Januari 2013

Aku Ingin Menulis Lagi

Hari demi hari, berjalan tanpa henti. Terlalu banyak yang dikecapi dan dinikmati. Sehingga hampir terlupa siapa diri ini.

Hari ini. Umurku semakin menuju mati. Entah bila aku tak pasti. Hanya takdir yang menentukan aku masih disini. Dengan harapan waktuku bukan hari ni. Kerana dosa masih memenuhi.

Hari ini. Aku ingin menulis lagi. Sesuatu yang aku ketahui dan pelajari. Untuk manfaat insan di bumi ini. Semoga semuanya dirahmati Ilahi.

Aku menulis lagi. Menulis untuk memberi dan mempelajari. Bukan membuat dosa tak henti-henti. Bukan supaya diri dihormati dan disanjungi. Tapi sekadar ingin berkongsi. Apa yang terbuku di hati. Semoga ada menfaatnya nanti.

Sekian...


Isnin, 20 Ogos 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Assalamu'alaikum. Sudah hampir setahun rasanya blog ini tidak di'update'. Walaubagaimanapun, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam khususnya keluarga dan sanak saudara saya, sahabat-sahabat di SMKA Falahiah, rakan-rakan di Matrikulasi Penang, teman-teman di IPG Tuanku Bainun, tak lupa juga rakan-rakan lama di SKLU, dan juga sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Semoga tautan ukhuwah yang terbina akan kekal hingga ke syurga dan semoga kita semua sentiasa berada di bawah limpahan rahmatNya.

Bagi yang mengenali diri ini, jemputlah untuk datang beraya di rumah. :)

*Hari ni genap 22 tahun hidup di atas muka bumi ini. Aku bersyukur padaMu Ya Allah atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan. Sesungguhnya, tiada siapa dapat menandingi sifat al-Rahim dan ar-RahmanMu ya Allah.

Ahad, 9 Januari 2011

Entry Khas 100 Followers


Akhirnya, setelah hampir 2 tahun aku berkecimpung dalam arena blogging ni, follower aku dah mencapai ke angka 100.
 
Alhamdulillah, sehingga hari ni, aku dah post sebanyak 79 entry termasuk entry kali ini.
 
Jadi, untuk entry kali ni, aku anugerahkan award buat follower aku yang ke-100. Tahniah kepada aNnE atau annyss sophillea kerana menjadi follower aku yang ke-100. Jom terjah blog beliau.

Ini fisrt time aku kasi award kat orang, arap2 penerima award ni sudi2 lah terima ye. Tq. :)
 

Khas untuk semua blogger, bersama kita sebarkan ilmu-ilmu berguna dan manfaatkan teknologi sebagai medium untuk sampaikan ilmu kepada orang lain.

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)