Jumaat, 18 Januari 2013

Aku Seorang Penembak Tepat

Dengan bersenjatakan sniper buatan tangan, aku melangkah waja..walaupun berat untuk aku menjunjung misi ini, namun, atas sokongan dan dorongan teman-teman, aku melangkah dan terus melangkah..memerhati sasaran-sasaran yang bakal aku tujukan..nah, memang tepat...tepat sangat...sangat tepat..sasaran memang tepat...


actually, situasi kat atas ni berlaku pagi tadi..lawak sungguh..dengar macam perang betul pulak kan..nak dengar kisahnya bagaimana?haha..

sebenarnya, pagi tadi aku dan roomate aku terlewat 2 minit je ke kelas olahraga kat padang..(ni la padah tidur lepas subuh..nak wat cam mana, malam tadi agak letih la bawak motor sampai 3.30 pagi..tidur pun lambat la..hehe..) apa lagi, memang kantoi la sebab semua orang dah berkumpul kat tengah padang, so, takleh nak menyorok-nyorok dah..haha..dengan muka selambernya jalan jelah ke tengah padang walaupun dalam hati ni agak malu la kan sebab lewat...

oleh kerana kelewatan ni, dah tentu lah kene denda..so, apa yang lecturer suruh kitorang buat? "Kamu berdua g dekat laluan pintu masuk IPG, duk tepi jalan, pastu tembak semua kereta yang masuk boleh?selagi saya tak puas hati, saya takkan panggil kamu, paham"....tudia! kerja gila ni! hahahaha..nak wat camner, sape suruh lewat kan..hehe..

maka, bergeraklah kami berdua ke sana sambil ditemani hilai tawa rakan-rakan lain..aiseh, memang betul-betul malu weh! malu sungguh, duk tepi jalan, pastu hala tangan macam pistol kat kereta-kereta yang lalu then lepaskan tembakan dengan bunyi...waaaa, aku tak tahu nak letak mana muka ni..hahaha..abis lecturer-lecturer yang lalu pakat duk gelak..dan ada jugak yang kami tak sempat tembak, dia dah tembak kami dulu...haha..nampak sangat memang lecturer yang denda kami di duk biasa buat laguni dah..haha...

tapi lama-lama jadi seronok plak..tak henti-henti lepaskan tembakan yang dibalas dengan hilai tawa pemandu kereta yang kene tembak..siap ada lecturer yang kenal aku berenti dan tanya, "ni kena denda or tak kene denda?" tanya dia sambil ketawa...hahaha..lawak sungguh...lawak sungguh..aku rasa ni lah pengalaman yang paling memalukan aku sejak aku duk kat IPG ni...hehehe..

walaubagaimanapun, benda ni memang memberi kesan la rasanya...lepas ni memang takkan lambat dah walaupun seminit..ha, nak bagi tau kat sini, kita ni kena la jaga masa...jangan disebabkan kita, tergendala sesuatu program or aktiviti..pesanan untuk diri ni jugak..nasib baiklah tak kena denda taip essay 100 muka..kalau tak, naya..hehe..

salam jumaat semua...:D

2 luahan hati:

  1. hahahahahaha..ok memang klakar la wei..haha cikgu pun kena denda..time aku skolah pun kena gak.. gantung spanduk kat leher "sy plajar ponteng kelas" padahal aku lewat 5 mnit je pun..hoho..yg malunya sbb kena singgah kat kelas budak senior yg aku suke jatuh saham wei..kira ok la ko tabah menjalani denda sweet ni.. hoho..mesti famous ko lpas ni.hoho

    BalasPadam
  2. Hahahaha..citer ko pn bleh tahan lwk..ape,igt ckgu xkene denda ke..mmg clap la..har3..
    Aku mmg tabah m'hadapinya dan rsa mcm syok jgak..haha..
    Klau nk sebut pasal femes 2, xyah ckp la..aku ni mmg dah femes pun..hehe..nseb bek xdak junior yg tngok..klau x btmbah malu la aku..

    BalasPadam

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)