Rabu, 2 Januari 2013

Aku Ingin Menulis Lagi

Hari demi hari, berjalan tanpa henti. Terlalu banyak yang dikecapi dan dinikmati. Sehingga hampir terlupa siapa diri ini.

Hari ini. Umurku semakin menuju mati. Entah bila aku tak pasti. Hanya takdir yang menentukan aku masih disini. Dengan harapan waktuku bukan hari ni. Kerana dosa masih memenuhi.

Hari ini. Aku ingin menulis lagi. Sesuatu yang aku ketahui dan pelajari. Untuk manfaat insan di bumi ini. Semoga semuanya dirahmati Ilahi.

Aku menulis lagi. Menulis untuk memberi dan mempelajari. Bukan membuat dosa tak henti-henti. Bukan supaya diri dihormati dan disanjungi. Tapi sekadar ingin berkongsi. Apa yang terbuku di hati. Semoga ada menfaatnya nanti.

Sekian...


2 luahan hati:

  1. manusia memang xlepas dr buat silap kan... so kita kena bersiap sedia topup apa yg x cukup =)

    BalasPadam
  2. sgt betul..
    selagi ada masa di dunia ni, manfaatkannya...jgn sia2kan...
    :)

    BalasPadam

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)