Isnin, 7 Januari 2013

Benarkah Ku Merinduimu?

Ku karang puisi ini untukmu wahai kekasihku Rasulullah..

Benarkah Ku Merinduimu

di kejauhan sudut hatiku,
terasa gelombang cinta dah kasihmu,
ku cuba gapai tanganku ke dalam hatiku..
untuk merasai nikmat kasih sayangmu..
Ah, pedih hatiku menahan kerinduan padamu..

saat ku kesorangan,
menanti hadirnya ketenangan,
terukir namamu di benuk hatiku...
terbayang kasihmu yang tiada bandingnya,
yang membuatkanku sayu dan terharu...

namun aku malu,
kasihku tidak setandingmu..
resah memikirkan syafaatmu..
dapatkah dengan hanya cinta padamu,
yang hanya terukir di bibir,
tanpa ada pembuktian yang lahir...

benarkah ku merinduimu?
apakah cukup hanya dengan mencintaimu,
tanpa mengamalkan sunnahmu?
sungguh, sukar untukku beroleh syafaatmu..
apatah lagi bermimpi denganmu..

benarkah ku merinduimu?
saat terkenang sukarnya perjuanganmu,
tidak pula aku menurutimu,
menyambung mata rantai yang suci tidak berdebu,
tanpa hadir keikhlasan di hatiku..
sungguh, aku malu padamu..

kini kesedari siapakah diriku..
yang benar-benar mengharap kasihmu..
kan ku selawat sentiasa padamu..
kan ku ukir kata cinta buatmu kekasihku..
kan ku teruskan perjuanganmu..
walaupun ianya jauh beribu batu...
demi ganjaran syafaatmu...

*mudah-mudahan ada sesuatu yang manfaat dalam puisi ini
*Alhamdulillah..sajak ini adalah sajak yang pertama yang kukarang dalam hidupku..mengharapkan dapat diperbetulkan apa yang patut..maklumlah masih belajar untuk menulis...:)



1 luahan hati:

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)