Isnin, 16 Februari 2015

Biniku Pena Tak Pernah Lena

Assalamu'alaikum semua...
Lama pulak rasanya blog ni tak di'update'. Tapi takpa, aku cuba jugak walaupun sebulan sekali update. Ngeh3. Bukan senang nak cari idea nak menaip ni. Ye dak. Tajuk tu saje je buat gempak. Takda kaitan pun sebenarnya. Hahaha. Akhir-akhir ni agak sibuk sikit. Nak kata kerja belum kerja lagi. Hahahaha.

Habis je musim banjir itu hari, sempat jugak la join krew-krew sukarelawan bersih kawasan-kawasan yg kena banjir especially sekolah-sekolah kat area kelantan ni. Banjir kali ni memang agak teruk sebab kawasan yg kena banjir penuh dengan lumpur tebal selepas drpd banjir besar kali ni. Bagi yang berkesempatan jadi sukarelawan itu hari dapat la rasa macam mana aku rasa. Walupun agak letih tapi seronok tu ada sebab dapat tolong orang lain. :D

Pastu, sibuk pulak dengan tour qasidah kat kelantan. Hasil daripada perbincangan member-member yang ada kat kelantan ni, tertubuhlah kumpulan qasidah Soutun Naim. Kitorang kembara kat seluruh kelantan ni utk memperkanalkan inisiatif hiburan islamik berbentuk qasidah yang mana banyak unsur-unsur selawat dan memuji Baginda Rasulullah. Alhamdulillah, penerimaan masyarakat cukup menggalakkan. Moga-moga kelantan terus diterangi dengan cahaya kata-kata pujian selawat ke atas baginda. Aminnn...

Baru sahaja beberapa hari yang lepas, kita telah kehilangan permata yang cukup berharga di negara kita, iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, ulama' yang sangat terkenal dengan kezuhudan beliau dan perjuangan menegakkan Islam kat negara kita. Terlalu banyak jasa beliau sehingga pemergian beliau dirasai oleh semua masyarakat Malaysia. Aku berpeluang sampai ke Pulau Melaka, kediaman beliau pada hari pengkebumian beliau jumaat lepas. Ternyata, croud yg sangat ramai sampai aku tak boleh nak masuk dekat. Kalau datang awal pagi mungkin sempat utk solat jenazah bersama jemaah kat sana tapi sampai agak lambat dengan jalan banyak ditutup sebab jem, so, dapat tengok dari jauh je la. Sungguh Allah muliakan beliau. Apa-apapun, sama-sama kita sedekah al-Fatihah kpd Allahyarham. Al-Fatihah. 

Sekarang ni masih lagi dlm mood nak tunggu posting. Entah sampai bila la aku nak tanam anggur kat rumah ni. Anggur pun tak berbuah-buah. Hahaha. Member-menber dah ada yang posting tp takpa lah, mungkin bukan rezeki aku lagi. Mungkin ada hikmahnya kot. Lagi pun banyak lagi perkara yang belum setel lg. Sebelum terbang ke Sabah Sarawak (macam dah confirm je dapat sana) nak setel apa yang patut kecuali kawin. hahaha. Kawin tu biarlah dulu. Aku rasa muda lagi aku ni. Tak puas lagi membujang. Hehehe. Ok lah. setakat ni dulu untuk kali ni. Jumpa lagi ye. Assalam.. :D

p/s : iklan sikit, jangan lupa saksikan rancangan assalamu'alaikum tv al-hijrah 19hb ni (Khamis). insyaAllah aku & team aku akan perform untuk pembuka n penutup rancangan tu. nantikan.. hehehe..

4 luahan hati:

  1. Assalamualaikum...
    bagus arr kau nii..rumah kau pun kena dan kau
    gigih jugak tlong org lainn... syg nye aku tak berkesempatan
    nak buat acara sukarelawan ke sana sbb penyertaan terhad T.T
    btw, kau acah2 dapat sabah serawak sekali haaaa
    kat sana laa kau sekarang bro..hehehe
    apa-apa pun selamat mendidik bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikumussalam..
      tudia..lama x dgr khabar brita..haha
      aku pun lama dah x update blog ni..kih3..
      xpa...mmg suka pun dapat jaoh2 ni..hehe

      Padam
    2. Haish td aku dh komen panjang2
      Skali kena log in account aku plakkk
      Terus hilang apa aku komen.. T.T

      Btw aku singkat kan... frust nak menaipp panjang2
      Heeeee.... kalau aku jd kau mgkin aku dah nangis2 seret beg
      Nangis kat sinki airport sbb kena duduk jauh
      Aku tak sekental kau, hahahaa
      Lgpun bagus jgak ada org mcm kau weh
      Belah2 sana memang kurang tenaga pengajar...
      hmm mgkin aku bleh pertimbangkan perancangan
      Masa hadapan aku... mana tau tetibe rezeki
      Jadi cikgu pulak..ye dakk? Heeee

      Padam
    3. hahaha..beza aku ngn ko, aku suka jaoh2..ko x..hahaha..best wo kembara jauh2 ni..percayalah..keh3..
      haaa..elok la jd cikgu..jgn sbg last choice plak..keh3...

      Padam

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)