Khamis, 1 Januari 2015

Kisah Duka 2014

Alhamdulillah, masih dikurniakan nafas untuk meneruskan hidup pada hari ini. Selamat tahun baru saya ucapkan. Tahun 2014 baru sahaja melabuhkan tirainya dan meninggalkan kita jauh di belakang. Tahun yang penuh cabaran dan meninggalkan banyak memori pahit buat penduduk dunia dan Malaysia terutamanya. Entry kali ni, aku nak kongsikan sedikit sebanyak peristiwa-peristiwa besar yang berlaku sepanjang tahun 2014 yang melibatkan negara kita.

gambar sekadar hiasan

Pada 8 Mac yang lepas, kecoh satu dunia dengan peristiwa kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370. Tragedi yang menjadi topik hangat di seluruh dunia dalam perbualan mahupun dalam dada-dada akhbar. Sehingga sekarang, masih belum ada khabar berita yang mengatakan tentang keadaan pesawat tersebut. Biarpur berjuta-juta ringgit dihabiskan dalam usaha pencarian, namun tak ada tanda-tanda yang kelihatan walaupun ada ura-ura, desas desus yang mengatakan pesawat ini disembunyikan di sesuatu tempat. Sejauh mana kebenarannya, kita tak tahu. Mungkinkah dikaitkan dengan agenda freemason dan iluminati? Atau terperangkap dalam segitiga bermuda? Terlalu banyak teori konspirasi yang dihebahkan dalam laman sosial berkenaan tragedi ini. Terpulanglah kepada kalian untuk mempercayainya atau tidak. Apa yang penting, kita kena tahu yang Allah maha berkuasa terhadap sesuatu. Tak ada yang mustahil hanya dengan kekuasaan Allah.

Sekali lagi pada 17 Julai kita dikejutkan pula dengan kejadian yang juga melibatkan pesawat MAS iaitu pesawat MH17 yang terhempas di sempadan Rusia-Ukraine. Banyak pihak yang menyatakan ia berkait rapat dengan konspirasi Amerika Syarikat. Seolah-olah ada pihak yang sengaja mengalihkan tumpuan ke arah peristiwa MH17 padahal pada masa yang sama, serangan bertali arus daripada pihak Zionis ke atas Gaza sedang berlaku. Wallau'alam, aku taknak ulas panjang berkenaan tragedi ni. Yang pastinya tragedi yang menyayat hati ni menggemparkan penduduk-penduduk dunia.

Dalam tahun ni juga, negara kita telah mengalami musim kemarau yang panjang. Ada juga pihak menafikan yang Malaysia menghadapi kemarau. Katanya, ini hanya adalah cuaca kering. Bagi aku, kemarau dan cuaca kering adalah sesuatu yang sama. Dek kerana cuaca panas ni, banyak tempat yang rumput-rumputnya menguning, daun-daun kering bersepah, ada pula yang tanahnya merekah dan yang paling besar adalah kebakaran di merata-rata tempat. Bila banyak berlaku kebakaran, terutama hutan-hutan, keadaan muka bumi seakan-akan hilang kehijauan dan terjadinya jerebu. Maka, banyaklah penyakit yang senang dijangkita oleh sebab badan yang kekeringan.

Tamat sahaja kemarau, kita digemparkan pula dengan kejadian puting beliung yang bermula di Pendang, Kedah dalam bulan Oktober yang lepas. Biasanya kita dengar kejadian puting beliung hanya terjadi di negara-negara luar sebagai contoh di Amerika Syarikat. Puting beliung di sana dianggap satu lumrah yang mana menjadi fenomena yang berlaku beberapa kali dalam setahun. Namun, tidak di Malaysia, kejadian puting beliung yang dinamakan sebagai 'Belalai Gajah' di pendang merupakan kejadian puting beliung besar yang pertama terjadi. Kejadian yang tidak kurang hebatnya di mana memberi kesan yang cukup dahsyat sehingga rumah mampu dirobohkan. Kuasa Allah, tak ada siapa pun dapat menghalang.

Kejadian bencana alam yang paling terbaru berlaku kat Malaysia ni adalah banjir besar yang melanda pantai Timur. Kejadian banjir ini antara kejadian yang besar dan ganas yang tercatat dalam sejarah. Kalau dulu pernah berlaku bah besar 1967 yang dikenali sebagai 'bah merah' dan banjir besar tahun 2004, peristiwa kali ni tidak kurang dahsyatnya. Antara kawasan yang terjejas teruk adalah di Daerah Kuala Krai dan Gua Musang. Banjir yang melanda di kawasan berkenaan seakan-akan kejadian tsunami kerana kesan banjir berkenaan mengakibatkan banyak rumah-rumah yang runtuh. Aku yakin dan pasti, sesiapa saja yang melihat keadaan tu pasti teragut jiwa dan raga, pasti mengalir air mata dek tak tertahan dengan nasib yang menimpa keluarga di sana. Tidak kurang juga di daerah-daerah lain seperti di Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan di negeri-negeri lain seperti Terengganu dan Pahang. Banyak kawasam-kawasan yang hanya kelihatan bumbung sahaja malah ada yang terus ditenggelami air bah yang besar. Aku bersyukur kerana, walupun banjir sampai ke rumah aku tahun ni, tidaklah seteruk di kawasan-kawasan yang telah aku sebutkan tadi.

Dengan pelbagai musibah yang berlaku ini, kita sebagai hamba Allah perlulah pengambil iktibar dan pengajaran bahawa ada mesej yang ingin disampaikan olehNya. Jangan sesekali kita menyalahkan takdir bahkan kita perlu percaya bahawa ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Yang penting, jangan putus doa dan pengharapan kita dengan Allah. Semoga kita terpelihara daripada sebarang bencana yang dahsyat.

p/s: nantikan entry terbaru tentang kenangan2 manis di tahun 2014. :)

2 luahan hati:

  1. sedih mengingatkan waktu aku pegi kelantan join program PEMBINA
    untuk bantuan mangsa banjir...hilang macho aku...wlpun kita berbeza
    dialek pertuturan, kita disatukan dgn agama dan bangsa kita...
    wlpun aku bercakap mcm itik dengan ayam waktu bertanya kabar
    tp perasaan tu soalah2 aku paham je apa org2 kat sana cakap..
    air mata dah gambarkan apa yg mereka cuba smpaikan..
    k, itu aje...

    BalasPadam
    Balasan
    1. btol 2..setiap org akn rase benda yg sama..T_T

      Padam

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)