Sedang asyik mendengar lagu-lagu tarannum bacaan US RADHI, aku tersentak seketika kerana mendapat panggilan daripada satu nombor yang tidak dikenali. Lalu, aku menjawab panggilan tersebut.
Aku mulakan dengan bicara dengan memberi salam, "Assalamu"alaikum"
"Wa'alaikumussalam. Hamdi ke ni?"
"Ya, Hamdi yang bercakap. Siapa ni?"
"Ni Zack ni. Zack yang jaga dewan makan sekolah dulu. Ingat tak?"
"Zack mana ye? Aish, tak ingat la plak"
"Baru je berapa tahun tinggal sekolah dah lupa saya ke."
"Seriously tak berapa ingat. Yang mana satu ni?"
"Ni Zack la. Z. A. C. K. sampai hati tak ingat. Saya pernah wat kenduri kat pasir pekan sebelum saya pindah melaka dulu. Ingat tak?"
"Oh ye. Achik Zack kan? dah ingat. Dah ingat." balasku sambil ketawa sedikit. Ya Allah, sudah lama aku tidak dengar khabar berita Achik ni. Aku selalu panggil achik sampai lupa pulak yang namanya Zack. Seingat aku dahulu, dialah pakcik dewan makan yang paling kamcing dengan aku. Kalau ada makanan lebih mesti panggil aku punya. Aku masih ingat aku pernah habiskan lebihan ketulan-ketulan ayam waktu aku puasa sunat hari khamis dulu. Bila ingat balik memang lawak sungguh. Tak percaya Achik dibuatnya. Mana taknya, ayam tu bukannya sikit tapi banyak. Haha, takleh lupa kisah tu. Satu kelebihan jugak bila rapat dengan pakcik dewan makan ni. Ye la, makanan dapat lebih dari orang lain. Hehe, sangat tak adil.
Itu hanyalah kisah lama yang masih terngiang-ngiang dalam fikiranku. Actually, aku sangat terkejut sebab macam mana dia boleh dapat nombor telefon aku ni. Baru sahaja beberapa hari sebelum tu, aku pernah teringat kat dia waktu bercerita tentang alam persekolahan bersama teman-teman aku di IPG ni.
Bukan ini yang nak aku sampaikan dalam post kali ini tapi ia sedikit berkait dengan tajuk yang tertera kat atas ni. Suratan atau kebetulan? Macam tajuk lagu yang didendangkan oleh Kenny, Remi & Martin pulak ye. Famous jugak lagu tu. Aku pun pernah meminati lagu ni suatu masa dahulu.
Sebagai manusia yang normal, hidup kita ni memang takkan terlepas daripada pelbagai ujian dan peristiwa-peristiwa yang susah untuk luput dari ingatan kita. Dan dalam banyak peristiwa yang berlaku, ada sesuatu yang menjadi suatu kebetulan. Tapi, benarkah ianya kebetulan? Adakah ia juga kita boleh katakan sudah suratan? Susah untuk aku fikirkan yang mana kebetulan dan yang mana suratan. Namun, aku kerap kali menganggapnya sebagai satu kebetulan. Tapi, bila difikirkan semula, mungkinkah ia telah ditetapkan atau sudah suratan sesuatu itu berlaku? Terpulang dimana letaknya pendirian kita. Jika hari ini kita mengaggap kita diuji dengan sebesar-besar ujian, ingatlah bahawasanya lebih ramai lagi yang mengalami ujian yang lebih besar, yang lebih berat. Anggap sahaja ianya sebagai kebetulan.
Walau apapun yang terjadi, kita perlu teruskan hidup. Jangan jadikan musibah dan ujian sebagai alasan untuk kita jadi lemah ye. Tak tau nak cakap apa lagi. Wallahu'alam......
*aku menulis post ni dalam keadaan kurang bersemangat ni. Pasai pa tak tau...haha..
semoga kalau kita ditimpa musibah diberikan kekuatan oleh Allah unuk menghadapai nye..
BalasPadam#kuatnye makan...habis ayam anda cekik...keh3 =P
aminnn...
BalasPadam#hehe..ayam free kan..mkn je...hoho