Sabtu, 20 Jun 2009

10 sen...!

Teringin sungguh rasa di hati, tapi apakan daya. Dgn kemampuan yg ada, nampak gayanya hanya yg termampu, berbuah dalam khayalan. Bukan tiada usaha untuk memilikinya, tapi, rasanya jauh sungguh cita-cita yg satu ini hendak digapai.

Hairan bila "nampak" org lain memilikinya.

Cemburu, geram, terangsang dan macam-macam lagi.

Seharian masih terus juga berusaha, bukan patah sudah semangatnya untuk memiliki Mercedes Lampu Mata Belalang tersebut. masih lagi berbunga harapan. Masih lagi harum khayalan. tapi kadang-kadang diri sendiri terasa cukup miskin. Tak termampu. Dengan apa yg ada pada dirinya, dgn upah lebih kurang RM40 sehari, hanya yg termampu baginya miliki adalah Honda kapcai lampu bulat. Itu pun mungkin dapat mungkin tidak.

Upah yg dapat, bukan lah tak cukup untuk menabung, tetapi sara hidup perlu juga di layan, yuran hiburan perlu juga di sediakan; memancing, susu anak, majalah manggo, URVCD, makan, sedikit untuk itu dan ini, lebihan yg tinggal hanya sekadar untuk di habisi pula bila kecemasan. Baru semalam emergency, hilang semua simpanan, terpaksa dibelanjakan.

Esok paginya, tercegat di depan pejabat Cycle and Carriage jalan Tun Razak. Dah tak tertahan lagi menanggung kerinduan. Tak tertanggung lagi ghairah untuk memiliki, apatah lagi setiap hari "diracuni" mendengar bos-bos di pejabatnya yg memiliki Mercedes tersebut.
"200km/j macam airrr... rasa macam bawak 40km/j je"

"JB-KL 1 jam setengah, stabilnya jgn kiralah. Selekoh ke lipat ke sama je macam jalan straight"


...dan bermacam-macam lagilah ayat-ayat bombastik yg mungkn benar mungkin tidak di dengar.
Arghh...tak kira hari ini, dapat ke tidak - NAK JUGA.

Setelah tokey C&C buka kedai, terus sahaja terjengah, melulu masuk dek kerana hamburan nafsu yg tak tertanggung. maka, hasrat di hati pun di ceritakan pada si tokey.

Si tokey hanya tersengih-sengih mendengarkan hikayat............ "Perlukah aku melayan ini olang" mungkin itulah apa yang tokey tersebut bisikan dalam hatinya bila melihatkan gayanya yang agak selekeh itu?

Tapi dengan santun tokey tersebut meminta apa yang harus sebagai syarat pembelian...

Dengan muka sedih menyeluk saku. Sambil terjulur keluar seluruh kain poket, menghulurkan genggaman dan membukanya. 10 sen!!!




Habiskanlah cerita tersebut dengan imaginasi masing-masing. Mungkin ia di campak keluar, dinaggap main-main dengan barang dagangan yang mahal itu. Mungkin ia disaman, entah sebab apa. Mungkin ia dipukul bonzer. Atau mungkin tokey itu bermurah hati dan memberikannya Mercedes tersebut?


bukan kerana 10 sen yang di bayarnya, tetapi...entah...?


Saudara dan saudari, muslimin dan muslimat. Tujuan hikayat dongeng ini dikarang bukan untuk menambahkan lagi lawak yang selalu kita gelakkan saban hari.

Tapi renungkanlah..

Apakah yg telah kita bekalkan untuk kita membeli batang dagangan Allah?

Apakah yang telah kita simpan, siapkan, menabung untuk membeli syurga Allah yang menjadi idaman, igauan dan luahan hati setiap kita.

Adakah kita sanggup membelinya dengan nyawa kita yg rasanya paling bernilai pada kita seperti Serikandi Hawaa Baraayev?

yang shahid di medan Jihad Chehnya. Memandu kereta yang sarat dengan bom untuk memusnahkan Pengkalan latihan Russia.


Ibaratkanlah 10 sen yg kita ada itu dgn Mercedes idaman.
Renungkan kembali.
Amalan kita yg bernilai 10 sen ini membeli kehidupan kekal abadi di syurga Allah yg indah, yg mengalir di bawahnya sungai sungai.
Sedang kita kedekut utk menabung buat kemudian utk berjumpa Allah, utk membeli syurga Allah. Kedekut utk luangka masa buat berdampingan dgn Allah. Bakhil, rimas, kelam kabut, beralasan, untuk meghadiri majlis-majlis yg Allah suka padanya.

Andaikan Syarikat menghatarnya ke luar negara, is sanggup.

Andai syarikat menghantarnya ke kem bina semangay, ia kena, kerana terpaksa. Sampai juga.

Anda negara menghantarnya...ke sukan itu ini, mewakili nagara, lagi-lagi ia berbangga.

Tapi bila di seru Allah, bila Allah berbisik dan panggil padanya, menjemputnya; ia pekakkan telinga.

begitupun ia masih terhegeh-hegehkan pada syurga Allah!!

Kita tak mampu membeli syurga Allah dgn wang berjuta.

Tidak sekali-kali dengan apa jua.

Tetapi insyaAllah dgn keredhaan Allah dan sifatNya yg Rahman dan Rahim, moga-moga diganjarinya dgn syurga itu. Hatta 10 sen sahaja yg dapat kita persembahkan...


...mungkin qiamullail ini sebahagian dari 10 sen itu...?

0 luahan hati:

Catat Ulasan

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)