Selasa, 22 Januari 2013

Dia Insan Terpuji

ok. semakin hari semakin sibuk. perkara biasa la tu. dah biasa dengan sibuk-sibuk ni, bukan menyibuk ye tapi menyibukkan diri. lain tu. rasa macam dah lali dengan kesibukan ni, and kadang-kadang kalau tak sibuk tu rasa lain pulak. terpikir, eh, tak ada apa-apa ke malam ni? hehe..walaubagaimanapun, sibuk kita tu, sibuk untuk Islam, untuk menolong agama Allah, untuk menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah.. InsyaAllah..

Alhamdulillah, tinggal 2 hari lagi untuk kita menyambut hari kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. kita imbas kembali sirah kehidupan Rasulullah sejak dari baginda lahir sehinggalah kewafatan baginda, semua detik-detik yang berlaku ada hikmah dan pengajaran yang boleh kita ambil dan wajib untuk kita mengambil tahu dan menghayati segala perit lelah perjuangan baginda dalam menegakkan agama Islam yang sekarang masih lagi menyinar walaupun keadaannya semakin malap dek kerana manusia yang cintakan dunia dan takutkan mati. kitalah yang perlu bangkit meneruskan agenda Rasulullah untuk menyinarkan kembali Islam di atas muka bumi yang kian gersang ini. 

teman-teman sekalian, tak lengkap hidup kita ni tanpa kita mengamalkan sunnah baginda. bukan hanya setakat yang fizikal luaran sahaja yang perlu kita ikut malah akhlak yang baginda pamerkan. tidak hairanlah ramai kafir quraisy yang memeluk Islam hanya dengan melihat akhlak rasulullah yang tinggi tanpa mengenal usia dan darjat, mahupun kekayaan.

moga-moga dengan hadirnya bulan yang penuh kemuliaan ini, mampu membangkitkan rasa cinta kita terhadap baginda Rasulullah s.a.w. mudah-mudahan, segala amalan kita diterima dan diberikan syafaat di akhirat kelak.



setakat itu sahaja untuk hari ini. Assalamu'alaikum...:)

4 luahan hati:

  1. 2 hari lg ye? baginda memang insan yg terpuji..yg sgt menyayangi umatnya..yg mulia peribadi nya..

    *masa skola rendah dulu ustzah aku selalu cerita kisah nabi..moga2 kita semua dpt menyemai cinta terhadap baginda dan buktikan cinta kita

    BalasPadam
  2. smoga kta dpt syafaatnya kelak, insyaAllah...:)

    BalasPadam
  3. aaminn2..moga2 nya begitulah..tp kena usaha juga kan.

    BalasPadam
  4. yup, klau xusaha mmg xdpt la kan..so, jom berselawat...:)

    BalasPadam

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)