Rabu, 16 Januari 2013

Perjalanan Ini Sangat Jauh

Dalam berhari-hari kita menjalani hidup ni, kita takkan terlepas daripada ditimpa pelbagai musibah, ujian, dugaan dan yang seumpamanya..kita adalah manusia biasa, manusia normal, jika kita katakan yang kita tak pernah menghadapi sebarang musibah dan masalah, itu silap..sehebat manapun kita, sebanyak manapun harta kita, setinggi manapun jawatan kita, kita takkan lari dari ditimpa pelbagai masalah..hatta, golongan-golongan ni lah yang sering dilanda masalah..kita perlu ingat amanah kita di atas muka bumi ini adalah sebagai khalifah untuk memakmurkan dunia ni..kalau dengan hanya sekecil-kecil masalah kita tak mampu untuk tanggung, apatah lagi amanah untuk menjaga kemakmuran dunia ini, bahkan menjaga agama Islam itu sendiri..

Hari ini, sering kedengaran bisikan-bisikan yang mengeluh kerana tak tertanggungnya beban masalah yang dihadapi..aku juga insan biasa dan aku juga penuh dengan masalah dan persoalan yang bermain-main di fikiran..aku tahu, terkadang aku juga tak mampu untuk menghadapinya, namun, aku juga tahu bahawasanya Allah takkan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..dari situ aku sedar betapa beruntungnya aku bila aku dibebankan dengan pelbagai perkara kerana Allah akan bersama denganku disaat sabar menguasai diri.

Teman, perjalanan kita masih jauh..perjalanan kita takkan selesai sehingga kita ketemu dengan titik noktahnya iaitu mati..selagi kita masih berada di atas dunia ini, berjuanglah, bangkitlah dari mimpi ngeri, pulihkankan kembali semangat yang hilang di saat ujian datang menjenguk kita..masih banyak lagi agenda yang masih belum kita laksana sebagai khalifah di bumi ini..rugilah barang siapa yang tidak memanfaatkan bumi ini untuk berjuang menegakkan semula syiar Islam yang kian malap dek hembusan-hembusan hasutan dajjal yang telah lama merencanakan untuk menakluk dunia ini..jangan biarkan rancangan ini terus berjaya menyelinap dalam segenap penjuru hati-hati umat Islam yang lemah oleh kerana kabur dengan kenikmatan dunia yang fana ini..

Akupun hanya manusia biasa yang kadang-kadang sering terleka..aku juga mengharapkan nasihat-nasihat yang berguna untuk tatapanku diwaktu datang kesulitan kepadaku..aku juga perlu bangkit! biarpun beberapa kali rebah kerana pukulan-pukulan ujian yang menyerang bertubi-tubi..:)

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia........
 

6 luahan hati:

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)