Sabtu, 25 September 2010

Deja Vu dan Psikik

PADA SATU HARI, anda berjalan-jalan di taman untuk menikmati pagi yang cerah. Tidak ramai orang di situ. Berdekatan sebuah kolam yang dihuni ikan koi, seorang pelukis muda sedang mengasah bakat. Dua orang kanak-kanak bermain bola. Seorang penjual aiskrim sedang melayan pesanan.

Tiba-tiba anda merasakan sesuatu. Pemandangan itu, ia bagaikan pernah anda saksikan sebelum ini. Kedudukan orang, apa yang mereka lakukan, bahkan percakapan mereka juga seolah-olah sudah terpahat dalam ingatan anda sekian lama. Namun anda begitu pasti bahawa anda tidak pernah ke taman tersebut sebelum pagi itu.


Dan secara mendadak juga hati anda mendesak supaya anda cepat-cepat beralih. Selang seminit sahaja selepas anda terus berjalan menyusuri tebing kolam, sebuah kereta yang terbabas tiba-tiba menjunam ke dalam air. Jika anda terus berdiri di tempat tadi, kereta itu tentunya telah mengheret anda, dan suasana di taman itu tentunya tidak lagi begitu indah.

Kisah ini hanyalah ciptaan semata-mata. Tetapi ia mungkin pernah berlaku kepada anda dalam kehidupan sebenar. Ia membawakan dua situasi yang sering memaksa saintis berfikir panjang dan menjalankan kajian demi kajian untuk memahami sesuatu yang sungguh dekat dengan diri kita, tetapi begitu jauh dari difahami.


Deja-vu adalah satu keadaan di mana secara spontan hati anda berkata bahawa anda pernah berada di situasi tertentu, dengan keadaan seperti yang ada di sekeliling anda secara tepat. Ia mungkin terbit daripada suatu kebetulan, tetapi lebih kerap lagi ia seolah-olah mengesahkan pesanan di masa silam bahawa anda akan menghadapi situasi itu pada masa hadapan.

Profesor Hans Holzer dalam bukunya bertajuk “Han’s Holzer The Supernatural – Explaining The Unexplained” ada menceritakan tentang konsep Deja Vu (bahasa Perancis – dalam bahasa Melayu bermaksud “pernah dilihat”). Katanya ahli sains memberikan penjelasan bahawa Deja Vu berlaku oleh kerana kelewatan otak memproses maklumat visual yang diterima. Kelewatan ini memberikan gambaran seolah-olah suasana yang berlaku kepada penerima pernah berlaku sebelum ini.

Saya sendiri sekali-sekala mengalami proses Deja Vu ini dan ia melibatkan kombinasi visual, audio dan persekitaran. Deja Vu yang saya alami semuanya dalam tempoh beberapa saat. Contohnya pernah melihat sesuatu benda dan dalam masa yang sama mendengar percakapan seseorang.

Profesor Hans Holzer bagaimanapun mempersoalkan bagaimanakah konsep kelewatan maklumat tadi dapat dijelaskan sekiranya ia melibatkan satu pengalaman yang agak lama. Contohnya seseorang boleh menunjukkan arah dengan sangat dalam satu rumah yang belum pernah dilawatinya sebelum ini.

Belia juga ada menyebut tentang Extrasensory Perceptions (ESP) iaitu kebolehan mendapat maklumat awal tentang perkara yang akan berlaku. Katanya kebolehan ini sebenarnya normal dan ada pada setiap manusia, yang berbeza hanyalah kekuatannya.

Satu istilah lain yang menarik minat saya ialah Out of Body Experience (OOBE). Profesor Hans Holzer menjelaskan OOBE adalah pemisahan antara fizikal dan spiritual seseorang. Ianya biasa berlaku dalam mimpi. Apabila terpisah spirit (roh?) seseorang boleh melangkaui jarak, tidak ada sakit, dan tidak ada masa. Seseorang itu masih mempunyai kawalan ke atas spirit seperti biasa, cuma tanpa kehadiran fizikal. Oleh kerana OOBE juga, seseorang dapat merasakan pengalaman seperti terjatuh dari tempat tinggi sebelum terjaga dari tidur. Ini kerana kesan dari perubahan kelajuan di mana spirit tanpa fizikal mula menghampiri badan dan masuk semula.

Begitu juga dengan kebolehan seseorang untuk melihat seseorang yang telah tiada. Ianya ada kena mengena dengan kebolehan psikik seseorang.

Menurut beliau juga istilah supernatural sebenarnya terbit oleh kerana kita tidak mengetahui tentang sesuatu perkara. Sekiranya diketahui, ianya bukan lagi supernatural. Contohnya kebolehan untuk berkomunikasi tanpa wayar dalam jarak yang jauh, suatu masa ianya adalah supernatural tetapi tidak lagi kini.

Ketakutan adalah oleh kerana tidak mengetahui, begitu kata profesor ini.

Wallahualam.

p/s : sesiapa yang ada maklumat lanjut tentang perkara di atas bolehlah sama-sama kita kongsikan. TQ.

0 luahan hati:

Catat Ulasan

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)