Khamis, 4 Julai 2013

Nikmat Dalam Ujian

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah rabbul 'izzati atas nikmat yang telah dikurniakan. Selawat dan salam kepada junjungan besar lagi terpuji, Nabi Muhammad s.a.w. Insan mulia yang tak pernah kenal erti penat lelah berjuang menyebarkan agama Islam yang tercinta. Allahumma Solli Wasallim 'Ala Sayyidina Muhammad, wa aalihi Sayyidina Muhammad.

Pejam celik pejam celik, dah masuk sem 6 aku dalam tempat pengajian aku ni, IPG Tuanku Bainun. Semester yang memerlukan aku lebih tabah dan kuat. Almaklumlah, sejak akhir-akhir ni banyak mehnah yang Allah timpakan. Namun, aku akan terus anggap ia satu ujiam dari Allah untuk mendidik aku. :) 

Alhamdulillah, untuk praktikum kali ini, aku ditempatkan di sekolah yang agak berbeza dengan kawan-kawan aku yang lain. SK Pulau Aman, sebuah sekolah yang letaknya di sebuah pulau dalam area Batu Kawan, Penang. Walaupun perjalanan nak ke sekolah tu kena naik bot, tapi bagi aku tu, perkara tu lah yang menyeronokkan sebab susah nak dapat peluang macam ni. Sekurang-kurangnya, boleh buat persediaan, biasakan diri untuk posting kat sabah sarawak nanti. Hehe. Jadi orang pulau lah aku dua bulan nanti. InsyaALLAH, 15 Julai nanti aku akan mula berkhidmat kat sekolah itu. Jemput datang ziarah ye. Hehe.

Dalam semester ni, ada satu subjek yang agak sedikit tuff, iaitu Hafazan al-Quran. Alhamdulillah, ini pun satu peluang untuk aku menghafaz sedikit sebanyak surah-surah dalam al-Quran. Nak harapkan waktu biasa-biasa memang susah la nak commit dengan hafalan ni. So, aku akan jadikan peluang ni untuk hafaz sepertimana dalam sukatan dan kalau boleh teruskan lagi dengan hafalan-hafalan lain yang takde dalam sukatan. InsyaAllah. Doakan. :)


2 luahan hati:

  1. chaiyookk cikguuu!! wehh seronok kot mengajar pedalaman kan? aku teringin pulak nak jadi cikgu... tapi biasanya memang cikgu2 bujang selalu kena hantar ke sabah sarawak untuk posting... =)

    BalasPadam
  2. mmg seronok kat sini...suka dgn suasan kampong kat pulau ni...haha
    yup..standard sabah sarawak la..n harap2 jgak dpt sana nnti..hehe..

    BalasPadam

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)