Khamis, 7 Februari 2013

Menyimpang Seinci, Rugi Seribu Batu

Tajuk entry kali ini agak panjang sedikit tapi mungkin isinya hanya ringkas. Hari ini aku taknak tulis panjang-panjang. Bukan malas atau apa-apa tapi cukuplah sekadar perkongsian yang ringkas mungkin.............

kadang-kadang kita harus berpura-pura..berpura-pura macam mana? bila datang ujian dan masalah yang agak berat untuk kita pikul, kita sembunyikan yang kita berada dalam masalah tersebut.. kena rasional.. jangan kerana masalah yang kita alami, menyebabkan orang lain yang susah.. walaupun menakung air mata kita atas dugaan yang bertali arus, jangan pernah pun setitis air mata kita gugur berderai di pipi.. kena kuat dan lebih matang untuk menempuh hari-hari yang mendatang..

secara jujurnya, kata-kata di atas khusus aku tujukan buat diriku yang tak henti-henti ujian datang menguji.. "enta kena pegang lagi setahun, hamdi..mesti pegang setahun lagi.." kata-kata penasihat BKS (Badan Kebajikan Surau) yang benar-benar menggertak jiwa aku..dah setahun aku bergelar pengerusi untuk BKS ni.. saat yang aku nanti-natikan iaitu penyerahan tugas BKS kepada pimpinan baru hampir menjelma.. namun, akhir-akhir ni, terlalu banyak isu dan kontroversi yang berlaku berkait dengan organisasi yang aku pegang ni.. sejak tertubuhnya pusat islam di ipg aku, keadaan menjadi semakin rumit dan pihak majlis syura telah bersetuju untuk mengekalkan jawatan yang lama.. mereka tak yakin akan bakal-bakal pelapis daripada kalangan adik-adik untuk meneruskan legasi BKS dengan isu yang sedang terjadi ni.. mereka mahukan orang yang berpengalaman.. aku tersentak seketika.. aku sangkakan legasiku bakal berakhir namun, ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan.. walaupun dalam hatiku amat berat untuk terima keputusan ni, aku cuba untuk positif.. mungkin ini peluang aku untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapan aku yang lepas.. aku tak nak jadi orang yang mengkhianati amanah... :(

Firman Allah S.W.T, Al Anfaal: 27. "Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)."
aku tak tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran.. terlalu banyak benda sampai terbelit-belit dan tak tahu benda mana yang nak setel dulu.. entah-entah tak tersetel pun mungkin.. semakin hari, hidup makin susah.. itulah realiti alam dewasa.. memang perlu untuk lebih matang berfikir dan tak susahkan orang lain.. ya, memang misi aku tahun ni untuk jadi lebih matang.. kawan-kawan yang rapat semua tahu.. diorang la yang jadi pembakar semangat aku.. "Di, Di, tahun 2013 ni Di.." kata-kata ni la yang buat aku sedar sikit.. hehe.. Ya Allah, permudahkanlah urusanku...amin......
bagaikan camar pulang senja, patah sayapnya tetap terbang jua...
sekadar secicip rezeki, buat yang sedang rindu menanti
segenggam tabah dipertahankan buat bekalan di perjalanan
kau ubat luka yang berdarah, kau balut hati yang calar
telah tertulis suratan nasibmu..
derita buatmu ada hikmahnya..
terlukis senyum di bibir lesu..
tak siapa tahu hatimu..
biarpun keruh air di hulu..
mungkinkah jernih di muara..
biarpun jenuh hidup dipalu pasti bertemu tenangnya....


"Menyimpang Seinci, Rugi Seribu Batu"...renungkan sejenak...

22 luahan hati:

  1. sblum tu BKS tu apa? nmpak tak adik ko ni blurrrr xtahu apa..wakakaa..

    jadi ketua ni memang susah wei...tanggungjawab besar...tp pernah tak terlintas "oh,Allah masih pilih aku untuk kali ni,mungkin Allah nak tunjuk sesuatu atau mungkin sebenarnya aku kena ubah sesuatu disini"... bila org bagi kepercayaan pada ko..maknanya ko memang boleh diharapkan dan orang mengharap pada ko.. cikgu kena la timba pengalaman banyak2...nanti bila dah start mengajar dapat lah kongsi benda tuh dengan murid2 ye cikgu...hoho..cikgu jangan lah putus asa...itu baru di IPG cikgu...nanti dah keluar lagi banyak benda dan lagi ramai org cikgu nak kena pimpin..so sahutlah cabaran tuh cikgu...

    #err,baru perasan...panjang pulak komen aku...hohoho :P

    BalasPadam
  2. ouh..aku lupa nk mention, BKS 2 badan kebajikan surau...

    yup, aku terlintas jgak apa yg hg ckp 2..2 la, mudah2an aku boleh bwk la utk kali ni...doa2kan la........

    stuju ngn kata2 ko 2..ak akn anggap sbg cabaran aku....

    BalasPadam
  3. bagus,xpayah aku membebel pepanjang..ehehee...lain kali tulis le penuh...aku ni dah le tak pernah jejak IPG..mana le tahu istilah tuh..hoho..

    kalau setahun lepas ko mampu...insyaAllah tahun 2013 ni pun ko mampu..aaminn..

    BalasPadam
  4. mudah2an....aminnn......

    #aku edit dah entry aku..huhu

    BalasPadam
  5. eh,sy dah tahu lama dah...cikgu tak payah bagitahu pun sy tahu apa BKS tu...sy sj test cikgu tadi.. :P

    BalasPadam
  6. ceh..engko ni mcm2 la..wat lawak plak..adeh..:P

    BalasPadam
  7. hahaha..lawak ke? aku rasa aku tak buat lawak pun =,="

    #ok..aku memang tak tahu pun pe benda BKS tu sampai la ko bgtau tadi..hoho :P

    BalasPadam
  8. engko mmg lawak..aku rasa la..haha..

    #haha..td ak edit pn sbb sng la org len yg xtahu bleh tau trus je..

    BalasPadam
  9. secara jjurnya la kan..1st impression aku masa ko bgtau option ko bahasa arab dan satu lg aku tak ingat ko ckap apa aritu..aku target dlm minda aku yg "adush,boleh ke aku gila2 dgn dia ni? " skrang aku rasa..mu lagi gila dari aku...hahaha =P

    #jgn marah naa cikgu...tu pandangan jujur...

    BalasPadam
  10. hahaha..ak mmg gler2 ckit la weh..tp bkan gile ye..ak rse klo ko 1 ipg ngn ak bru knal la ak ni mcm mne..haha

    BalasPadam
  11. hahaha...ada tanda pengakuan kat atas tu..hoho :p kalau aku 1 ipg ngan ko tak nak aku kawan dgn budak femes mcm ko..aku ni pemalu sikit...wakakaka..

    BalasPadam
  12. hahha..ape yg femesnye..xde mknanya..:P

    BalasPadam
  13. ececehceh.. :p eh,tp aku lupa nak suruh ko rakam show ko hari tu wei..

    BalasPadam
  14. ececehceh.. :p eh,tp aku lupa nak suruh ko rakam show ko hari tu wei..

    BalasPadam
  15. ada je kot org yg rakam..tp xtau sape la kan..hoho

    BalasPadam
  16. hoho..aku menuggu juga kot2 la ada org tu nak bg video dia nyanyi kan.. :P ok lah aku nak menjalankan sesi bersantapan ni..dr pg tak breakfast lg ni..hoho..lapo dah berdondang lagu maroon 5 dah ni...haha..

    BalasPadam
  17. InsyaAllah...mudah2an..mohon doakan ye...

    BalasPadam
  18. enta boleh hamdi... go go power rangers ! hahaha

    BalasPadam
  19. hahaha..jadi power rangers plak ana nnti..kikiki..

    BalasPadam

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)