Selasa, 28 Jun 2011

LET'S LEARN FROM THE BEST

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera semua. Sudah lama rasanya blog tidak ter'update'. Kali ni, saya terpanggil untuk menyahut satu segmen yg dianjurkan oleh Cik Nurussalwa iaitu SEGMEN LETS LEARN FROM THE BEST. Saya merasakan bahawa segmen ini amat2 bermanfaat dan berguna untuk semua dan tak salah untuk kita sebarkan. 


Semalam, kampus saya telah didatangi oleh seorang ulama' hadith, Syeikh Muhammad bin Ibrahim Al-Kattani. Beliau telah memberi sedikit ceramah berkaitan akhlak seorang guru. Dalam ceramahnya, beliau ada mengatakan bahwa penghulu segala akhlak adalah sifat lemah lembut. So, hadis yg saya ingin kongsikan adalah berkenaan dengan sifat lemah lembut.


Daripada Aisyah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesunggahnya Allah Taala itu lemah lembut dan suka kepada lemah lembut. Dan Ia memberi hasil kerana lemah lembut itu, apa yang tidak Ia berikan atas tindakan yang kasar atau tindakan lainnya".
(Riwayat Muslim)


Nabi s.a.w menganjurkan kita bersifat lemah lembut untuk melatih diri menahan drpd sifat marah. Lemah lembut bukan bermaksud bersifat lembut seperti lelaki lembut tetapi Nabi s.a.w mengajar kita untuk tidak membalas keburukan orang lain terhadap kita dengan keburukan. Kita dapat lihat contoh terbaik sifat lemah lembut dari Rasulullah s.a.w. Baginda tidak pernah membalas keburukan yg orang lain terhadapnya bahkan sedia memaafkan. Maka, dengan sifat inilah ramai yang memeluk Islam kerana tertarik dengan budi pekerti Rasulullah s.a.w.

Jika semua manusia di atas muka bumi ini mempunyai sifat ini, nescaya tiadalah berlakunya pergaduhan, pemberontakan, perselisihan dan apa2 sahaja sifat2 keji yang mampu meruntuhkan umat Islam. Kerana apa? Kerana perkataan dan perlakuan yang lemah lembut lebih terkesan di dalam lubuk hati setiap insan. 

Akhir sekali, saya berpesan kepada diri saya sendiri dan umat islam semua, tunjukkanlah sifat lemah lembut kita terhadap orang lain tak kira yg muslim ataupun non-muslim kerana mungkin disebabkan sifat kita, golongan bukan Islam akan tertarik dengan Islam dan diberikan hidayah oleh Allah. Insya-Allah...:)

4 luahan hati:

  1. As'salam..
    Alhamdulillah..
    terima kasih atas perkongsian ni..
    sifat lemah lembut tu buat islam nampak indah..
    =)
    muslimah terserlah solehahnya, muslimin terserlah solehnya..

    =)

    http://pendambarahmat.blogspot.com/2011/06/batch-no3-segmen-lets-learn-from-best.html

    BalasPadam
  2. assalamu'alaikum ^_^

    ehekk!! tersedak...
    insaf.. insaf.... huhu~

    BalasPadam
  3. salam ukhuwah..ambil lah sifat2 mahmudah..buanglah sifat2 mazmumah.

    BalasPadam
  4. syukran ats kunjungan..
    manfaatkan ilmu yg diperolehi..
    barakallahufikum...

    BalasPadam

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)