Jumaat, 8 April 2011

Amaran Allah Dalam Mulut Bayi

Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah, setelah sekian lama blog ini dipinggirkan akhirnya bersua kembali dengan tuannya. Hidup ini tak lepas dari kesibukan. Biasalah, kita perlu utamakan kesibukan untuk Islam dan akhirat sana tidak dilupkan kehidupan di dunia. Jadi, berusahalah untuk menanam di dunia ni dan semaikan tanaman itu di akhirat kelak. InsyaAllah.

Kali ini saya ingin menceritakan tentang amaran daripada Allah di dalam mulut seorang bayi. Bagaimana?

Begini ceritanya. Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanya kata, dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnya seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, mulutnya berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut.

Nak tahu apa dia ??

Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang di dalam kandungannya bertulis dalam tulisan cina. Nak tahu tak apa kandungannye? Di dalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi 
"Ingatlah wahai manusia, sesungguhnya Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"
Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnya tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat.

Sesungguhnya Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnya Allah sebenarnya masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut.

Adakah anda percaya ?

Dalam keadaan ini, cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi. Contonhnya lelaki kahwin sama lelaki. Begitulah sebaliknya. Dan di dalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang Islam sendiri yang membenci Islam dan menentangnya. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di Negara kita.

Jadi secara amnya sebenarnya hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila. Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini. Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di Negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnya berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia untuk menanti ketibaan hari kiamat.
Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan. Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari. Sabarlah menanti. Sekian

Ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya. Oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua sekian. Notis dalam Mulut Bayi (pernah disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina)

Subhannallah. Bila kita baca atau dengar kita seakan-akan tidak percaya. Tak mustahil benda macam ni akan terjadi pada hari ni sebab dah banyak tanda-tanda uang kita sudah nampak. Sedar atau tidak, ini semua adalah amaran dari Allah. Renungkanlah....

4 luahan hati:

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)