Ahad, 10 Oktober 2010

PLKN Kena Tipu

EPISOD yang berlaku nampak memeranjatkan, kelihatan pelik dan boleh juga dianggap lucu. Memeranjatkan bagaimana seorang remaja boleh menyamar dengan mudah sebagai ‘Tuan Muda’ - melepasi tapisan dan sekatan pihak berkuasa seperti Jabatan Latihan Khdmat Negara, Pejabat Exco dan pihak Polis?

Pelik bagaimana sikap pegawai kerajaan yang boleh dianggap tidak serius, acuh tak acuh dan mudah percaya dengan keterampilan bekas pelajar pintar SPM itu sehingga ‘terpedaya’ begitu mudah?

Lucu bagaimana sikap berkerja pegawai kerajaan, exco dan pihak Polis yang begitu taksub dan mudah tertipu dengan lakonan ‘Tuan Muda’ menyamar sebagai kerabat diraja Pahang mengadakan ‘lawatan’ ke semua ke semua Program Latihan Khidmat Negara negeri tanpa dapat dikesan?

‘Lakonan’ bekas pelajar cemerlang itu boleh menyebabkan beliau menggondol hadiah Pelakon Lelaki Utama Terbaik kerana berjaya dengan berkesan memperdaya semua pihak berkuasa negeri sehingga berjaya menjadi ‘Tuan Muda’ yang dihormati dalam waktu sengkat. Jika tidak kerana pengecaman dan pendedahan oleh rakan sekolah ‘Tuan Muda’ yang kenal beliau sebagai orang biasa, mungkin babak lakonan beliau akan berpanjangan dan merebak pula ke jabatan-jabatan lain kerajaan yang lebih penting dan strategik.

Kenapakah begitu mudah pegawai kerajaan taksub dan percaya melulu dengan keterampilan ‘Tuan Muda’ palsu itu tanpa sedikitpun menaruh syak atau melakukan siasatan tentang latar belakang sebenar seseorang? Tidak bolehkah pihak berkenaan bertanya dan menyiasat dengan pihak istana tentang kebenaran identiti ‘Tuan Muda’ palsu itu? Dengan kecanggihan zaman IT dan komputer, agak melucukan bagaimana latarbelakang identiti bekas pelajar cemerlang itu tidak boleh dikesan? Masalahnya - sikap malas, cuai dan acuh tak acuh sudah ditunjukkan oleh kakitangan kerajaan dalam ‘drama’ memeranjatkan itu.

Episod itu juga sudah mendedahkan bagaimana seseorang boleh menyamar dan ‘menipu’ pihak berkuasa jika mereka berani melakukan dan terbukti penyamaran mereka mudah dilaksanakan kerana sikap kerja dan jaringan pihak berkuasa yang kelihatan mudah bolos serta sikap pegawai kerajaan yang terbukti amat lemah. Ini mengingatkan kita, jika rakyat tempatan atau asing ingin mencari maklumat penting mengenai negara ini dan menyamar sebagai orang kenamaan, mereka juga boleh melakukan kerana alasan yang sama.

Ini membawa kepada wujudnya persepsi sinis dan kurang senang di kalangan masyarakat dan rakyat terhadap kualiti kerja pegawai kerajaan. Jika inilah sikap yang masih diamalkan kakitangan kerajaan, maka ia sudah bertentangan dengan kehendak dan tuntutan gagasan 1Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan kehendak rakyat diutamakan dan penyampaian diutamakan. Penyampaian di utamakan bermaksud mutu kerja yang cemerlang dan berkualiti. Dengan episod ‘Tuan Muda’ itu mendedahkan banyak kerja yang belum beres dan tugas PM Najib tidaklah mudah seperti laungan slogan 1Malaysianya. Beliau nampaknya terpaksa turun padang lebih kerap lagi, mendidik, menggerah dan memotivasi semua kakitangan kerajaan supaya benar-benar berubah dan berkerja kuat bersungguh-sungguh kepada dan demi rakyat.

0 luahan hati:

Catat Ulasan

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)