Jumaat, 1 Oktober 2010

Pesanan Untuk Semua

ASsalamualaikum,

hurm..membacanya sungguh mengerikan..takut jugak kalau adik2, kawan2 dan kaum muslimah lain terkena bende2 camni. Ape2 pon, moga antum kuatkan Iman selalu dan terus yakin dengan agama Allah ini.

Salam perjuangan!


Sahabat2 sekelian, Kalau kalian prihatin dengan agama dan survival orang Melayu Islam di tanahair kita, sila baca mesej di bawah:

Semalam ana berkesempatan menghadiri satu sessi dialog di antara ahli jemaah masjid ana dan Sdr Zulkifli Nordin, seorang peguam yg mengendalikan kes murtad Nor Aishah bt Bukhari, yg heboh sikit masa dulu. Ana percaya kaliam sendiri pernah mendengar dari beliau pasal hal ini, tapi yg berita yg ana ingin kongsi bersama di sini agak terkini dan menakutkan kita orang Islam. Hasil siasatan beliau sebagai seorang peguam yg bertanggungjawab terus dengan kes sebegini, beliau dapati sampai sekarang sudah ada 7 kes yang sama dgn kes Nor Aishah. Yang menggerunkan kita adalah kesemua gadis yg telah dimurtadkan secara terpaksa ini bukannya dari golongan bohsia/bohjan tapi adalah dari golongan mereka yg menutup aurat (bertudung) dan highly-educated,sebahagiannya lulusan luar negeri dan bergaji besar, tetapi masih solo dan tinggal sendiri berkerja di Lembah Klang, jauh dari sanak sedara.

Ini amat memeningkan beliau kerana walaupun sebahagian mereka pernah belajar di luar negara, tetapi tidak murtad di sana sebaliknya murtad di tanahair sendiri yg majoritinya orang Islam. Dan lebih pelik lagi mereka semua boleh kata mempunyai ilmu Islam yang mendalam dan 'practising Muslims'. Setelah disiasat secara terperinci, rupanya ada titik persamaan di antara ketujuh2 kes murtad ini, melibatkan satu perkara yg boleh disebut sebagai 'reversed psychology' yg digunakan oleh pendakyah Kristian dlm menyebarkan ajaran sesat mereka di kalangan gadis Melayu. Modus operandinya adalah pemuda kristian (biasanya yg berupa paras kacak) akan berlagak sebagai seorang yg sudah frust dgn agama Kristian dan sedang mencari kebenaran, akan mendekati gadis2 Melayu yg masih solo untuk minta penerangan mengenai Islam. Naturally gadis2 ini akan beri response positive memandangkan ada orang yg nak belajar Islam dan berkemungkinan akan memeluk Islam.

Biasanya pertemuan akan ditetapkan di tempat2 tertentu seperti KFC dan McDonald etc. untuk berdiskusi pasal agama. Setelah intim, pertemuan selanjutnya diatur di tempat yg lebih tersembunyi seperti di Tasik Perdana etc, sehinggalah di bawa berjalan2 ke luar KL seperti PD. Dengan hasutan syaitan bila selalu bertemu dan berhubung akan berputiklah bibit2 cinta dan sayang antara dua insan ini. Dan akhirnya gadis2 ini dalam keadaan mabuk cinta akan termakan janji2 manis pemuda Kristian ini hingga akhirnya 'nyawa dan badan' diserahkan. Berlakulah SEX haram (zina). Setelah terlanjur, gadis ini akan berasa tertekan dengan dosa yg dilakukan dan biasanya hilang pertimbangan akal serta bertindak tidak waras. Dan Pada masa inilah pemuda Kristian tersebut mengambil peluang keemasan menjalankan jarumnya dengan memberi ancaman iaitu mengugut dgn berkata,

"Kalau awak beritahu keluarga sudah tentu awak akan dikerjakan atas perbuatan awak tu. Dan awak sendiri tahu dalam hukum Islam, siapa yg berzina akan dihukum sebat 100 kali. Kita tak boleh kahwin sebab berlainan agama. Tapi tak mengapa, saya ada satu jalan penyelesaian. Agama saya Kristian) adalah agama pemaaf, sesiapa saja akan dimaafkan atas apa jua kesalahan. Sekarang ikut saya ke gereja". Maka bermulalah episod ngeri yg kita takutkan. Di gereja, paderi akan main peranan mengkristiankan gadis ini secara diam2 tanpa diketahui oleh ibubapa mereka sendiri. Dengan menjauhi mereka ini dari keluarga dan agama mereka, maka senanglah usaha mereka untuk menukar agama gadis2 ini secara formal, maka makin bertambahlah statistik umat Islam nak tukar nama atas alasan menukar agama. Kepada saudara/ri sekelian yg mempunyai anak remaja, sepupu, anak saudara atau kaum kerabat terdekat perempuan, ambillah iktibar dari cerita benar ini, demi untuk kepentingan dan survival umat Islam Melayu. Ambillah sedikit inisiatif untuk semak aktiviti mereka seharian, ke mana mereka pergi, apa mereka buat dan dengan siapa mereka berkawan, SEBELUM TERLAMBAT.

Fenomena di atas sedang melanda negara kita tanpa kita sedari, dalam keadaan pemimpin dan rakyat kita lalai dibuai kesenangan dunia yg sementara. Jangan sampai cucu cicit dan generasi kita yg akan datang menyumpah kita kerana akibat kelalaian kita, mereka semua terlepas keluar dari pelukan Islam.

0 luahan hati:

Catat Ulasan

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)