Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan

Sabtu, 6 November 2010

Lelaki Ucap Maaf Dapat Buat Jantung Perempuan Sihat?


Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Rabu, 13 Oktober 2010

Fakta 'Terkejut' mengenai PDRM

Singapura

Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini? Singapura yang kecil itu menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura

Dalam menguruskan sistem keselamatan negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara.
Namun sekarang, ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura. Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa)

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H). Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura.
Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1b tetapi dikecilkan menjadi RM42j. Apa yang mencurigakan ialah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.
Programmer, Izhak David Naskar memegang pasport Israel bernombor 10902695. Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah 'pakar' sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel, malah bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.
Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido hingga saat ini masih lagi seorang tentera Israel yang sah. Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel .

Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia

Henry Kisingger telah berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia. Penguasaan Israel ini disambung oleh Khairy Jamaludin apabila menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal - Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian

Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.
Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura. Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara

Kesimpulan
Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia.
Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.
Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.

Ahad, 10 Oktober 2010

PLKN Kena Tipu

EPISOD yang berlaku nampak memeranjatkan, kelihatan pelik dan boleh juga dianggap lucu. Memeranjatkan bagaimana seorang remaja boleh menyamar dengan mudah sebagai ‘Tuan Muda’ - melepasi tapisan dan sekatan pihak berkuasa seperti Jabatan Latihan Khdmat Negara, Pejabat Exco dan pihak Polis?

Pelik bagaimana sikap pegawai kerajaan yang boleh dianggap tidak serius, acuh tak acuh dan mudah percaya dengan keterampilan bekas pelajar pintar SPM itu sehingga ‘terpedaya’ begitu mudah?

Lucu bagaimana sikap berkerja pegawai kerajaan, exco dan pihak Polis yang begitu taksub dan mudah tertipu dengan lakonan ‘Tuan Muda’ menyamar sebagai kerabat diraja Pahang mengadakan ‘lawatan’ ke semua ke semua Program Latihan Khidmat Negara negeri tanpa dapat dikesan?

‘Lakonan’ bekas pelajar cemerlang itu boleh menyebabkan beliau menggondol hadiah Pelakon Lelaki Utama Terbaik kerana berjaya dengan berkesan memperdaya semua pihak berkuasa negeri sehingga berjaya menjadi ‘Tuan Muda’ yang dihormati dalam waktu sengkat. Jika tidak kerana pengecaman dan pendedahan oleh rakan sekolah ‘Tuan Muda’ yang kenal beliau sebagai orang biasa, mungkin babak lakonan beliau akan berpanjangan dan merebak pula ke jabatan-jabatan lain kerajaan yang lebih penting dan strategik.

Kenapakah begitu mudah pegawai kerajaan taksub dan percaya melulu dengan keterampilan ‘Tuan Muda’ palsu itu tanpa sedikitpun menaruh syak atau melakukan siasatan tentang latar belakang sebenar seseorang? Tidak bolehkah pihak berkenaan bertanya dan menyiasat dengan pihak istana tentang kebenaran identiti ‘Tuan Muda’ palsu itu? Dengan kecanggihan zaman IT dan komputer, agak melucukan bagaimana latarbelakang identiti bekas pelajar cemerlang itu tidak boleh dikesan? Masalahnya - sikap malas, cuai dan acuh tak acuh sudah ditunjukkan oleh kakitangan kerajaan dalam ‘drama’ memeranjatkan itu.

Episod itu juga sudah mendedahkan bagaimana seseorang boleh menyamar dan ‘menipu’ pihak berkuasa jika mereka berani melakukan dan terbukti penyamaran mereka mudah dilaksanakan kerana sikap kerja dan jaringan pihak berkuasa yang kelihatan mudah bolos serta sikap pegawai kerajaan yang terbukti amat lemah. Ini mengingatkan kita, jika rakyat tempatan atau asing ingin mencari maklumat penting mengenai negara ini dan menyamar sebagai orang kenamaan, mereka juga boleh melakukan kerana alasan yang sama.

Ini membawa kepada wujudnya persepsi sinis dan kurang senang di kalangan masyarakat dan rakyat terhadap kualiti kerja pegawai kerajaan. Jika inilah sikap yang masih diamalkan kakitangan kerajaan, maka ia sudah bertentangan dengan kehendak dan tuntutan gagasan 1Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan kehendak rakyat diutamakan dan penyampaian diutamakan. Penyampaian di utamakan bermaksud mutu kerja yang cemerlang dan berkualiti. Dengan episod ‘Tuan Muda’ itu mendedahkan banyak kerja yang belum beres dan tugas PM Najib tidaklah mudah seperti laungan slogan 1Malaysianya. Beliau nampaknya terpaksa turun padang lebih kerap lagi, mendidik, menggerah dan memotivasi semua kakitangan kerajaan supaya benar-benar berubah dan berkerja kuat bersungguh-sungguh kepada dan demi rakyat.

Selasa, 20 April 2010

Siapakah Nostradamus??

Pada post kali ini, aku nak ceritakan sedikit tentang seseorang.Siapa? Aku bukan nak ceritakan tentang tokoh-tokoh Islam tapi post kali ini aku ingin kongsikan sedikit sebanyak tentang Nostradamus dan sedikit kisah hidupnya serta beberapa ramalanya yang telah terjadi. berdasarkan hasil pencarian aku dalam internet. Sebenarnya dah lama aku dengar cerita tentang beliau ini cuma baru sekarang terdetik nak postkan something tentang beliau. Setelah buat sedikit rujukan di internet ni banyak juga yang aku dapat tahu tentang beliau untuk dikongsi. Tidak ramai yang mengenali beliau. Beliau merupakan seorang pakar ramalan yang amat terkenal sehinggakan semua ramalan beliau menjadi kenyataan. Namun bagi seorang Muslim, tiada yang sebenar-benarnya melainkan dari al-Quran dan hadis sahaja. Apa yang di tulis disini sekadar berkongsi maklumat dan pengetahuan am.


Cukuplah sekadar mengkaji dan memahami apa yang ingin di sampaikan beliau. Terpulanglah pada kita nak percaya atau tidak. Siapakah Nostradamus? Nama sebenar beliau ialah Michel de Notredame, lahir pada 14 Desember 1503 di sebuah kota bernama St.Remy di Perancis dan dia meninggal pada tahun 1566 seperti mana yang telah diramalkannya sendiri. Semenjak kecil lagi, beliau mempunyai kemampuan untuk melihat masa depan atau dipanggil Clairvoyance dan kemahiran ini diwarisi daripada datuknya.

Sepanjang hidupnya, beliau telah menulis banyak sekali ramalan yang di tulis dalam bentuk Quatrin atau sajak empat baris. Quatrin-quatrin ini di bahagikan kepada beberapa bahagian yang di panggil The Centuries. Di dalam setiap quatrainnya, beliau menggunakan ayat-yat yang agak membingungkan, nombor-nombor yang pelik dan gambaran-gambaran yang penuh misteri. Beliau tidak menulis sesuatu ramalannya itu dengan tepat dan kata yang mudah di fahami kerana khuatir akan keselamatan dirinya. Pada zaman tersebut, pemerintah ketika itu sedang giat untuk menghapuskan golongan ahli sihir dan pengamal ilmu hitam. Ketika itu, siapa yang ditangkap akan di bakar-bakar hidup-hidup. Untuk mengelakkan diri beliau dituduh sebagai ahli sihir, beliau menulis ramalannya dengan kata-kata yang penuh misteri.

Mengikut datuknya, beliau turut menjadi doktor apabila sudah dewasa. Beliau banyak menggunakan ubat-ubatan dari alam semulajadi dan memperkenalkan kaedah selimut yang bersih dan udara segar untuk merawat pesakit. Ketika itu Eropah sedang di landa satu wabak sehinggakan zaman itu di panggil The Black Plague atau Le Charbon. Nostradamus ketika itu bijak merawat pesakit yang terkena wabak itu kerana di katakan beliau telah melihat kaedah rawatan masa depan yang canggih dan teratur melalui kemahiran melihat masa depannya. Sebagai contohnya, salah satu quatrain beliau di tulis seperti di bawah:

“The lost thing is discovered, hidden for many centuries.
Pasteur will be celebrated almost as a God-like figure. This is when the moon completes her great cycle,
but by other rumors he shall be dishonored.”

(The Centuries I, Quatrain 25)

Maksudnya:

“Barang yang hilang ditemukan, tersembunyi selama berabad-abad.
Pasteur akan disanjung tinggi seperti dewa.
Pada saat bulan melengkapi bulatannya yang besar, Tapi dengan desas desus lain, ia akan tidak dihormati.”

Dalam Quatrin diatas, beliau menyebut nama Pasteur (Louis Pasteur), 4 abad sebelum kelahiran ilmuan tersebut dan beliau juga turut menyebutkan tempoh waktu kejadian tersebut. Mengikut kajian astrologi, “bulatan besar bulan” terjadi dalam tempoh antara 1880 dan 2535. Louis Pasteur membuka institut terkenalnya di Paris pada tahun 1888. Penemuan Pasteur tentang penyakit berjangkit dari kuman dan bakteri telah mengubah masa depan bidang kedoktoran. Selain pasteurisation, beliau juga menemui kaedah vaksin. Namun, pengamal perubatan ketika itu banyak menentang penemuan Pasteur ini dan mencoba menggagalkannya dengan menyebarkan desas-desus atau khabar angin yang tidak baik seperti yang telah diramalkan oleh Nostradamus pada ayat terakhir Quatrinnya diatas.



Pada 1 Julai 1566 seorang pembantunya telah masuk ke dalam bilik Nostradamus untuk mengucapkan selamat malam dan Nostradamus hanya menjawab “Kamu tidak akan menjumpaiku lagi setelah matahari terbit esok”. Tepat seperti apa yang di ramalkannya, pagi itu beliau meninggal akibat penyakit gout yang amat teruk. Mayat Nostradamus dikuburkan dalam posisi berdiri, di dalam lubang pada dinding Gereja Cordeliers. Setelah lebih 1 abad mayatnya dikuburkan di Gereja Cordeliers, mayat beliau dipindahkan ke gereja St. Laurent atas faktor keselamatan. Ramai yang ingin mendapatkan mayatnya kerana di percayai kod atau kunci untuk memecahkan ramalannya tertanam sekali dengan mayatnya.

Semasa proses pemindahan, pekerja yang bertanggungjawab membuka peti mayat Nostradamus terperanjat besar apabila dia menjumpai rantai medal yang tertulis ‘1700′ di badan mayat itu. 1700 adalah tahun pada waktu itu iaitu 134 tahun selepas Nostradamus meninggal dunia. Kelihatan Nostradamus sendiri tahu bilakah mayatnya akan di pindahkan dan di meninggalkan medal yang bertulis ‘1700′ sebagai petunjuk. Walaupun sudah mati, Nostradamus tetap bermain dengan ramalannya!

Jumaat, 9 Oktober 2009

Sahabat Sejati

Sahabat Sejati

Ku biar kalam berbicara menghurai maksudnya di jiwa,
agar mudah ku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Ilahi...

Ku biarkan pena menulis meluahkan hasrat di hati,
moga terubat segala keresahan di jiwa,
tak pernah ku ingini...

Aku telah pun sedaya tak melukai hatimu,
mungkin sudah suratan hidupku...
Kasih yang lama terjalin berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku......

Oh Tuhan, tunjukkan ku jalan untuk menempuhi dugaan ini..
Teman maafkan jikaku melukaimu,
Moga ikatan ukhuwah yang dibina ke akhirnya....

Aku tidakkan berdaya menahan hibanya rasa,
Kau pergi meninggalkan diriku....
Redhalah apa terjadi
Usahlah dikau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi........

Ahad, 24 Mei 2009

Cinta vs Suka...

cinta??suka??
Di hadapan orang yang kita cinta,hati kita akan berdegup kencang...Tapi di depan orang yang kita suka,hati kita akan gembira...


Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga...Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja...

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,kita akan kaku...Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata...Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu...Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis...Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata, Perasaan suka bermula dari telinga...Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta?.Ada apa dengan cinta. Tetapi, hakikatnya, cinta kepada Allah swt adalah lebih hakiki dan abadi.



Rasa cinta
Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita
Kerna cinta
Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta
Ingin bersama sepanjang masa
Tetapi pastikah cintamu dihargai
Mungkinkah si dia kan tetap setia
Setelah kau serah jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidak kan dihancurkan
Jika kau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu akan layu
Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia akan pergi
Jika kau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika kau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi

Rabu, 20 Mei 2009

...pelik...!!?

Di bawah ini disenaraikan perkara-perkara pelik yang sedang berlaku di Malaysia:
..
1. Pemain bola sepak liga kebangssaan boleh mendapat hingga RM 7,000 ke RM 8,000 sebulan tapi main macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama 18 tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi hanya menerima gaji permulaan RM1,250 sebulan.
..
2. Pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong tetapi sanggup pula bertekak sampai berjam-jam dan mengajak pemandu lain bergaduh di tepi jalan.
..
3. Pelanggan di tengking semasa berurusan dengan jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis dan mendayu-dayu sekali.
..
4. Banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berkalu, tapi masih ramai anak gadis dan remaja ke tempat kerja dan tempat awam dengan pakaian yang xcukup kain.
..
5. FAM sibuk mencari punca terjadinya pergaduhan dalam sesuatu perlawanan bola sepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama 'binatang'.

Khamis, 30 April 2009

UCL:Man U v Arsenal

nmpknye man u mng tipis ngn arsenal 1-0 smlm...haha..nsib je 2...maen kat old trafford...nnti men kat emirates aku ase arsenal bley mng...yela kan smlm Arshavin ngn van Persie mne men..nnti diorng men abis la man u...org man u jgn mrah ek..!hehe..xpe2..man u bley mng lagi..haha..kta2 sndiran drpd aku..ak mmg dr dulu lg xmnat man u nie...lbih2 lg c ronaldo 2...ak pn xtau npe aku xmnat die..hmmmm..xpe r..aku mls nk ulas bnyk2 psal man u ni..kang c ronaldo 2 mrah plak..hehe...

Rabu, 29 April 2009

UCL:Barca v Chelsea....

Adus.....smlm chelsea seri 0-0 ngn barca...nsib bek r men kat Nou Camp..nnti men kat Stamford Bridge Chelsea ley mng nye...tp nmpk gaya smlm barca lbih byk attack...tp cech mmg power r smlm..byk clean sheet die wat bley jd man of the match...mmg dia pnyelamat r smlm..haha..Drogba dpt good chance smlm tp nk wat cne..xder rzeki..haha...spruh akhir ke2 nnti barca maen tnpa Rafael Marquez sbb die cdera smlm..lega r skit utk chelsea..pape pn kta tggu next week..aku arap2 sgt team feveret aku, chelsea ley mng..haha..





Dani Alves tackle Malouda





Messi n Bosingwa





Drogba frust sbb xdpt score smlm...pluang baik 2...

Isnin, 27 April 2009

Rahsia Segitiga Bermuda

Apa itu Segitiga Bermuda?Segitiga Bermuda adalah satu tempat yang banyak menarik perhatian orang seluruh dunia kerana terdapat berbagai kejadian aneh telah berlaku disitu. Sehingga ke saat ini misteri Segitiga Bermuda itu dianggap sebagai satu kawasan pusat ajaib di muka bumi ini. Kerana terialu banyak kisah-kisah pelik dan ajaib berlaku disilu, maka orang ramai tertanya-tanya, kuasa pakah.yang terdapat disitu? Ada satu teori mengatakan di Bermuda itu terdapat satu pusat bekas Kerajaan Atlantis. Ada sesetengah teori pula mengatakan disitu terdapat Pusat Kerajaan Orang Halus dan Jin dan Para Siluman......Segitiga Bermuda mencakupi kawasan seluas 770,000 kilometer persegi. Kawasannya merupakan gugusan pulau-pulau yang berjumlah sebanyak 359 pulau. Pulau-pulau ini tersusun antara satu sama lain seperti untaian manik-manik. Beberapa teluk kecil terdapat dihujung pulau-pulau itu. Kesemua pulau-pulau ini terletak di Lautan Atlantik. Jauh pulau-pulau ini dari Daratan Amerika kira-kira 930 kilometer. Pada tahun 1684 Kepulauan ini telah dijajah oleh Kerajaan British. Sehingga ketahun 1968 barulah Bermuda mendapat pemerintahan sendiri. Sungguhpun kesuluruhan pulaunya sebanyak 359 tetapi hanya 60 buah pulau sahaja yang didiami manusia, selainnya tidak dihuni. Orang yang pertama sekali mengenal pasti tentang Misteri Segitiga Bermuda ini ialah Vincent Cadys, dialah juga yang telah menamakan SEGITIGA BERMUDA. Beliau seorang pakar dalam kes-kes misteri di lautan. Daerah Segitiga Bermuda amat merbahaya untuk pelayaran laut mahupun penerbangan di ruang udaranya. Kerana sehingga kini tidak kurang dari 100 buah kapal terbang dan kapal telah hilang di kawasan ini. Kehilangan ini melibatkan kehilangan seramai 1000 orang yang turut hilang bersama peristiwa itu. Kapal terbang dan kapal yang hilang di kawasan Segitiga Bermuda ini ghaib begitu saja, tidak ada secebis serpihan pun yang dijumpai......apakah Dajjal punya kerja atau pun kaum-kaum yang sej'enis dengan Dajjal?
Sebahagian besar peristiwa ganjil ini terjadi dalam tahun 1945. Semua kapal terbang atau kapal laut yang hilang di kawasan ini langsung tidak dapat dijejaki dan dikesan langsung. lanya hilang terus tanpa sebarang kesan atau meninggalkan korban. Selalunya jika terjadi sebarang kemalangan di lautan atau di udara paling tidak kita akan menemui bangkai pesawat atau kapal dan mayat orang-orang yang terkorban, atau paling tidak pun serpihan-serpihannya. Tetapi peristiwa di Segitiga Bermuda langsung tidak meninggalkan apa-apa. Mereka hilang begitu saja bersama kapal dan kapal terbang.
Bertambah pelik lagi kebanyakan peristiwa yang terjadi di kawasan ini pada ketika lautan berkeadaan tenang, tidak bergelora dan cuaca pun cukup baik. Antara peristiwa yang berlaku, sebuah kapal dari Perancis yang bernama Rousalie yang telah melalui kawasan ini pada tahun 1940, tiba-tiba kapal ini menjadi kosong, tiada seorang pun di dalamnya, sedangkan kapal itu berada di dalam keadaan baik dan segala muatan di dalamnya langsung tidak berusik.
Pada hari Khamis dalam bulan Januari 1945, 5 buah kapal terbang Amerika jenis TTB Finger bertolak dari pengkalannya di Port Louderdile di wilayah Florida, Amerika Syarikat. Kapal terbang itu sedang ditugaskan mengawal dan menyelamatkan kapal-kapal yang mengharungi lautan. Ketika jam menunjukkan pukul 2.15 petang. Tugas itu telah selamat dilakukan. Ketua pasukan kapal terbang itu Leftenan Charles Tylor telah memberi isyaratkepada menara kawalan, mereka akan kembali ke pengkalan kerana telah berjaya melakukan tugas dengan sempurna. Kelima-lima kapal terbang itu pun bergerak menuju ke pengkalan.
Tiba-tiba tanpa di duga, menara kawalan di Port Lourdedile menerima isyarat dari Ketua pasukan kapal terbang itu, Leftenan Tylor dan isyarat itu amat mengejutkan Komodor Wersink, pegawai yang bertanggung jawab di menara kawalan.
Isyarat panggllan itu berbunyi seperti berikut... Di sini Leftenan Charles Tylor, komandankumpulanke 19..Adakah kami ditawan? tolong jawab....kami kehilangan petunjuk untuk pulang...kami tersesat...saya tidak dapat melihat daratan! saya tidak tahu lag! di mana arah barat, semua yang ada di sekitar saya menjadi terganggu, pelik.....malah tempat saya berada ini pun saya tidak tahu.....nampaknya.....nampaknya." Tiba-tiba suara panggilan dari Leftenan itu terputus dan tidak ada panggilan selanjutnya. Suasana menjadi Kelam kabut dan pelik. Komander Wersink, pegawai petugas yang berada di menara kawalan mengalami tekanan yang luar biasa. Dia cuba menghubungi Kemudian hubungan terputus. Dengan segera Komander Wersink mengarahkan kapal TIMSAR yang berada di bawah seliaannya supaya dengan cepat pergi menyelamat kumpulan ke 19 itu. Oengan cepat Kapal perang Angkatan Laut TIMSAR itu yang membawa 13 anggota yang berpengalaman dalam tugas-tugas penyelamatan bergegas untuk pergi menyelamatkan kumpulan ke 19 itu. Ketika kapal tempur TIMSAR itu sampai di tempat yang ditujuinya terjadi peristiwa yang sama sekali tidak pernah disangka-sangka. Tiba-tiba saja kapal TIMSAR itu lenyap tanpa sebarang jejak sedikit pun ditinggalkan.
Skuadron kapal terbang ke 19 terdiri 5 buah kapal terbang perang yang membawa 14 orang anak juruterbang pun telah lenyap hilang begitu saja.Salah seorang juruterbang yang pada ketika itu berada tidak jauh dengan tempat kejadian memberitahu bahawa dia juga sempat menerima berita pelik itu dari radio kapal terbangnya iaitu hubungan antara Leftenan Charles Tylor dengan pengkalan Port Lornderdile. Berita yang diterimanya berbunyi seperti ini: "Di sini Leftenan Charles Tylor....Komandan Skuadron ke 19.
Boleh dengar? Tolong jawab! ....Sekarang saya tahu di mana saya berada. ..akhirnya saya tahu di mana kedudukan saya! Saya berada di ketinggian tidak kurang dari 2.30 kaki. Tetapi ada sesuatu yang ganjil. Tidak, apa yang saya lihat amat susah hendak di percayai! Boleh dengar? Minta Dalam satu panggilan lain, suara Charles Tylor menyatakan"Su
Dari kata-kata panggilan Leftenan itu disimpulkan bahawa ketika Leftenan Charles Tylor mula memasuki kawasan maut Segitiga Bermuda itu, secara mendadak dia tidak dapat melihat daratan. Padahal udara dan cuaca baik, setiap juruterbang yang berada di ketinggian 5,000 kaki pun masih boleh melihat daratan. Keadaan ganjil yang lain, semua arah kompas jadi tidak menentu, seolah-olah dikawal oleh sesuatu yang tidak nampak, kemudian muncul suatu pemandangan aneh iaitu satu kawasan yang sama sekali dia tidak ketahui sebelumnya. Sehinggakan Leftenan Charles Tylor menyangka mereka telah tersesat. Kejadian selanjutnya, muncul makhluk-makhluk yang berbeza bentuk dengan manusia, sehinggakan Leftenan Charles Tylor mengagak mereka adakan pendatang dari luar angkasa dan semuanya sudah terlambat.....telah berakhir.Dalam tahun 1949 sebuah kapal layar Belanda bernama HERMINEA juga telah dijumpai dalam keadaan dilanda oleh ombak besar kerana layarnya sudah tiada, apabila diperiksa oleh pengawal pantai, didapati tidak ada seorang pun di dalam kapal tersebut. Seolah-olah semua penumpang telah meninggalkan kapal tersebut. Bertambah pelik lagi, kapal tersebut mempunyai pelampung dalam sebuah peti dan juga barang-barang lain yang tersimpan dengan rapi.Dalam tahun 1921 dalam bulan Januari sebuah kapal bernama Carol Darling yang mendekati pantai Caroline Utara, didapati tidak ada seorang pun di dalamnya, kecuali dua ekor kucing. Sementara 12 orang anak kapalnya hilang lenyap tanpa dapat dijejaki. Tetapi pelampung keselamatannya telah tiada. Seolah-olah menunjukkan anak-anak kapal itu telah meninggalkan kapal itu begitu saja. Seluruh enjin dan mesin kapal itu masih berada dalam keadaan baik dan berfungsi. Yang sangat menarik dalam peristiwa ini ialah di kapal itu terdapat meja makan dengan sisa-sisa makanan yang masih belum diangkat. Nampak seperti sesuatu telah terjadi dengan tiba-tiba ketika mereka sedang makan. Dalam tahun 1972, seorang nelayan bernama Hary Selatzeky telah hilang di kawasan ini.
Pada 23hb. Mach 1973, sebuah kapal besar bernama ANITA milik Kerajaan Amerika Syarikat yang bermuatan 20,000 tan telah hilang ghaib di kawasan ini.
Mungkinkah peristiwa-peristiwa ini disebabkan oleh sistem navigasi yang disebabkan oleh kuasa atau tenaga kristal matahari yang dahuiunya dikatakan kepunyaan bangsa Atlantis?Jika benar kuasa tenaga kristal matah ari itu betul-betul ada, ia memang dapat mengganggu petunjuk kompas kapal terbang atau pun kapal dan dapat mewujudkan satu ilusi pemandangan di udara tetapi tidak mungkin tenaga kristal matahari itu dapat melengapkan kapal berserta anak-anak kapal untuk selama-lamanya.Atau mungkinkah peristiwa tersebut diakibatkan oleh suatu sedut Betul kah kawasan itu kawasan kampung halaman Jin. Mereka tidak suka tempatnya diganggu!!!intimagnet alam yang menyebabkan kapal terbang atau kapal tersebut berpindahke suatu tempat dan waktu yang berbeza? Yang peliknya tidak semua peristiwa kapal atau kapal terbang lenyap bersama-sama orangnya Kadang-kadang hanya penumpangnya saja hilang, sedangkan kapal ditemui semula dalam keadaan yang sempurna terapung-apung di tengah-tengah lautan Atlantik, kadang-kadang manusia disebut dan kapalnya tidak. Tidak pula terjadi, kapalnya saja yang disebut dan orangnya tidak.Para pengkaji di Rusia membuat satu teori iaitu, kawasan Segitiga Bermuda ini merupakan kawasan hantu, iaitu Istana Hantu Siluman.

Dalam satu pertemuan dengan Jin Muslim dikatakan Singgsahsana Kerajaan Iblis terbesar terletak di kawasan Segitiga Bermuda itu. Lautan merupakan kawasan yang banyak makhluk-makhluk halus. Kalau begitu, untuk apa iblis berserta anak buahnya dari golongan jin tersebut menangkap anak-anak kapal tersebut?
Mengikut kata Jin Muslim, mereka dijadikan korban untuk Iblis atau dijadikan budak-budak iblis. Mungkin penangkapan itu dilakukan kerana iblis menganggap siapa saja yang memasuki kawasan itu bererti telah mengganggu kekuasaannya. Kecuali jika Iblis merestui dan restu Iblis ini boleh diberikan jika mereka yang ingin melalui kawasan tersebut memohon dengan menyembahnya atau mengadakan sejenis upacara sebagai tanda perjanjian.
Mengapa pula kapal terbang dan kapal juga dirampasnya? Orang-orang yang hilang ghaib di kawasan itu telah digunakan oleh Jin Syaitan sebagai hamba mereka.. Memang sudah menjadi perangai syaitan dan iblis, suka membuat manusia susah dan keliru. Dikatakan kapal terbang dan kapal yang lenyap itu telah disimpan oleh para iblis di satu tempat yang tertentu di dasar lautan yang tidak pernah disentuh oleh manusia. Kapal-kapal itu ditutup dengan sinar ghaib tertentu atau dikelilingi oleh ribuan syaitan sehingga tidak dapat dilihatoleh mata kasar manusia. Sememangnya iblis mampu mengaburkan mata manusia. Kemampuan jin iblis dan syaitan ini memang bermacam-macam. Kita pernah dengar seseorang yang masuk hutan, kemudian tersesat kerana terjumpa satu kawasan yang cantik dan indah seperti istana ketika di dalam hutan, padahal dia berpusing-pusing berjalan di tempat yang sama saja. Itu juga sebahagian dari kerja Syaitan.
Iblis berserta kumpulan sejenisnya seperti Jin, Syaitan dan hantu juga mampu menggerak dan memindahkan benda-benda dan manusia. Misalnya rumah berhantu yang dilihat kerusi dan mejanya bergerak-gerak ke sana kemari. Satu peristiwa di zaman Nabi Sulaiman, di mana Nabi Sulaiman meminta pembanlunya memindahkan kursi singgahsana Ratu Balqis, ketika itu Jin Afrit mengatakan dia sanggup memindahkannya dengan cepat sebelum sempat Nabi Sulaiman berdiri dari duduknya. Makhluk halus ini juga sanggup mengawal dan mengacau fikiran manusia, mereka sanggup membuat orang jadi gila.
Dajjal adalah keturunan orang Yaman, dia hidup di negeri Yaman dan mendapat pendidikan dan bimbingan dari berbagai ulamanya. Ada pula kenyataan menyatakan dia keturunan Samirah. Bagaimana pun Yaman dan Samirah berada di Syam (Syria). Dalam riwayat Shahih Muslim, Tamim ad Dari pernah melihat Dajjal. Dia sendiri melihat tubuh badan Dajjal yang utuh, ia dalam keadaan yang disertai oleh syaitan atau tidak disertai oleh syaitan.Imam ath-Thabrani meriwayatkan bahawa Dajjal bukanlah manusia, melainkan syaitan yang diikat dengan tujuh puluh ikatan berupa lingkaran yang ada dan hidup disebahagian jazirah Yaman. Dalam riwayat Imam Abu Dawud, bahawa Dajjal ini pula dikehali pada zaman Nabi Muhammad dengan nama Ibn Shayyad. Tetapi setelah diteliti segala maklumat dengan cara terperinci didapati bahawa Dajjal yang terdapat dalam keterangan riwayat Tamim ad Dari adalah Dajjal yang sebenarnya, di mana dia terikat dan cacat mata sebelah kanannya , sebagaimana yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Imam Muslim. Sementara Ibn Shayyad itu adalah syaitan yang menampakkan diri sebagai Dajjal pada masa itu sesuai dengan takdir Allah.
Ajal Dajjal yang dilaknat Allah itu telah dltangguhkan sampai satu masa yang ditentukan Allah dan tidak diingkari oleh Nya. Imam atTurmudzi menyebut dalam sebuah riwayat dari Nabi Muhammad mengenai munculnya Dajjal ke dunia,"dia akan diikuti oleh beberapa kaum berwajah seolah-olah mereka tak tahu malu dan seperti habisdipukuli."Dengan memerhati dan merenungkan amanat paling besar yang diberikan kepada jin dan manusia, yakni Al Quran, dapatlah disimpulkan bahawa Dajjal itu betul— betul ada. Dan Dajjal disebutkan secara tenstual di dalam Al Quran.

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)