Memaparkan catatan dengan label Lirik Nasyid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lirik Nasyid. Papar semua catatan

Isnin, 24 Jun 2013

Langkah Tercipta

semalam aku kelukaan, kecewa, kehampaan,
mencalar ketabahan.
mimpi yang sering ku harapkan menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam, lemah daya,
haruskah aku mengalah?
namun jiwa ku berbisik inilah dugaan.

dan mataku kini terbuka pada hikmah dugaan, uji keimanan..
tak dilontarkannya ujian di luar kekuatan setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku, untuk bangkit semula,
meneruskan langkah perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.
kurniakan ketabahan agar mimpi jadi nyata..
PadaMU ku meminta...

daku mohon agung kudratMU,
wahai Tuhan yang Satu,
segalanya dariMU...

Khamis, 31 Januari 2013

Di Malam Itu..



sedang jalan-jalan ziarah bilik member kat hostel, tersinggah la kat bilik sorang member aku ni, sembang-sembang sambil buat lawak. tiba-tiba terjmpa la pulak komik sinchan..layan kejap sambil tergelak-gelak..haha..duk tengah khusuk layan komik tu, masuk la sorang lagi member kamcing aku, Mus.. "Di, tau lagu Syurgamu Ungu tak? kalau tau, jom jamming kejap nak?" ajakan dia tu memang betul-betul mencabar kredibiliti aku..(apa kaitan?) haha..gi la lepak pulak kat bilik member aku ni, jamming dengan dia..macam biasa la, dia ni memang kaki piano, so, dia main piano then, aku akan nyanyi..ngeh2..rasa tak syok pulak takde bunyi gitar..gi la balik bilik ambik gitar then sambung jamming..tapi maklumlah, aku ni bukannya pemain gitar professional, nak nyanyi sambil main gitar, memang tak la..so, panggil la roomate aku pulak untuk join..haha..maka, berjamminglah kami semua malam tu..si Mus ni main piano, roomate aku main gitar then aku nyanyi..macam biasalah, kalau part-part nyanyi ni memang diorang akan panggil aku la kan.hehe..layan la lagu Syurgamu malam tu..last-last kitorang wat decision untuk perform lagu ni time konsert amal palestin minggu depan..hehehe..sempat la jugak praktis lagu Damai Yang Hilang untuk perform malam konsert tu jugak..kalau takleh pakai akustik, aku guna minus one pun ok dah..aku tak kisah sebab yang penting lagu Damai Yang Hilang mesti kena perform jugak..memang sesuai la dengan konsert amal palestin, so, lagu pun mesti la ada kaitan dengan palestin, kesengsaraan..lagu Damai Yang Hilang memang sangat sesuai..lagi satu, lagu ni pun permintaan daripada seorang sahabat aku..dia nak tengok sangat aku perform lagu ni..hehe..

perform, perform jugak..penghayatan pun perlu..dah memang jadi kebiasaan aku, setiap kali aku perform sesuatu lagu or qasidah, memang aku pejam mata waktu hayati lagu tu..lebih-lebih lagi part yang pitching tinggi..geng-geng nasyid aku, kalau part tinggi ni pakat bergantung kat aku la..diorang ni bukan tak boleh buat tapi tak yakin..adoinye..belatih la abang weh..khusus aku tujukan kat paan rosli ni..(kalau dia baca blog aku ni la..haha..)

apa yang penting, tujuan aku satu ja, nak sampaikan mesej melalui kesenian..berdakwah melalui muzik yang zaman sekarang ni, muzik memang menjadi igauan pemuda pemudi..so, tarik minat diorang dengan persembah nasyid ni..mudah-mudahan, ada la yang terkesan pada diri..insyaAllah...:)

kat bawah ni, aku nak kongsikan chord lagu syurgamu bagi siapa-siapa yang minat main gitar..enjoy...:)

Intro:
Am.....Em.....F.....C.....Dm.....G.....C

Verse:
   Am            Em
Sgala yang ada dalam hidupku
   F              C
Kusadari semua milikMu
  Dm          G          C
Kuhanya hambaMu yang berlumur dosa

      Am         Em
Tunjukan aku jalan lurusMu
  F             C
untuk menggapai surgaMu
Dm             G           C
Terangiku dalam setiap langkah hidupku


Pre-chorus:
   Dm             Em  
Karena........Kutahu.....
      F              G
Hanya kau...... Tuhanku....


Chorus:
   Am   Em      F        C 
Allahu akbar Allah maha besar
    Dm      G           C
KumemujaMu disetiap waktu
      Am    Em      F          C
Hanyalah padaMu tempat ku berteduh
    Dm       G          C
Memohon ridho dan ampunanMu


Verse:
      Am       Em
Tunjukan aku jalan lurusMu
    F           C
untuk menggapai surgaMu
  Dm           G                C
Terangiku dalam setiap langkah hidupku


Pre-chorus:
    Dm             Em
Karena........Kutahu.....
      F              G
Hanya kau...... Tuhanku....

Chorus:

(Sumber : http://tabs.ultimate-guitar.com)

Selasa, 29 Januari 2013

Rayuan Rindu

Sedang asyik aku mendengar dan mendendangkan alunan qasidah, terdetik di hati aku ni sebuah lagu nasyid lama nyanyian kumpulan Raihan. Waktu itu, aku masih lagi di sekolah rendah. Sampai sekarang lagu tu masih terngiang-ngian dalam ingatan aku. Pernah sekali aku bawak lagu tu untuk buat persembahan di sekolah lama aku dan kadang-kadang lagu ni dijadikan sebagai pemanas suara sewaktu nak memulakan latihan nasyid. Lagu yang sangat tenang dengan gabungan suara-suara harmoni, second voice dan third voice.

Rayuan Rindu - Raihan

hatiku merayu rindu
kasihku padaMu syahdu
munajat hamba padaMu
mengharap kasih sayangMu 
carilah ilmu mengenal Allah
tanamkan takut neraka Allah
semaikan harap syurga Allah
carilah keredhaan Allah 
rinduku ya Rasulullah
padamu ya Habiballah
walau tak pernah bersua
cintaku tetap membara 
rinduku ya Rasulullah
padamu ya Habiballah
engkaulah buah hatiku
engkaulah kekasih Allah 
alangkah indah peribadimu
tidak tergambar mulia akhlakmu
engkaulah rasul pilihan Allah
bawa rahmat seluruh alam 
my heart is loving You
my heart is just for You
knowing You Allah
i will try to get close to You 
let us find the way to know God
feel the torches of hell-fire
think of pleasures of paradise
find the way to get Allah's love 
hatiku merayu rindu
kasihku padaMu syahdu
bertemu Allah yang esa
menjadi idaman kalbu....

inilah lirik lagu yang masih lagi terpahat dalam lubuk fikiran aku..kita hendaklah meletakkan Allah dan Rasul cnta pertama kita dan yang seterusnya barulah keluarga kita dan insan-insan yang lain. biarlah cinta kita kepada sesiapa pun di atas dunia ni atas nama cinta kepada Allah dan Rasulullah. jadikanlah kecintaan kita kepada Allah dan Rasul melebihi cinta kepada yang lain kerana kelak kita akan dibangkitkan dengan insan yang paling kita cintai dan biarlah insan itu adalah Rasulullah s.a.w.. 


Selasa, 1 Februari 2011

Insya Allah - Maher Zain (Malay Version)

Assalamu'alaikum..
Sape-sape yang nak download lagu Insya Allah Maher Zain versi bahasa melayu boleh klik kat link kat bawah. Lagu dalam format mp3. Sekian.




Lirik Lagu Insya Allah Versi Melayu

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar...

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Melody: Maher Zain
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Malay Lyrics: Frizdan

Jumaat, 9 Oktober 2009

Sahabat Sejati

Sahabat Sejati

Ku biar kalam berbicara menghurai maksudnya di jiwa,
agar mudah ku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Ilahi...

Ku biarkan pena menulis meluahkan hasrat di hati,
moga terubat segala keresahan di jiwa,
tak pernah ku ingini...

Aku telah pun sedaya tak melukai hatimu,
mungkin sudah suratan hidupku...
Kasih yang lama terjalin berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku......

Oh Tuhan, tunjukkan ku jalan untuk menempuhi dugaan ini..
Teman maafkan jikaku melukaimu,
Moga ikatan ukhuwah yang dibina ke akhirnya....

Aku tidakkan berdaya menahan hibanya rasa,
Kau pergi meninggalkan diriku....
Redhalah apa terjadi
Usahlah dikau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi........

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)