Selasa, 29 Januari 2013

Perjalanan Ini....

Assalamu'alaikum...
Lama pula rasanya aku tak update blog ni. Maklumlah seminggu ni jadual agak padat dengan undangan ke majlis-majlis lantunan mahabbah dan cinta Rasul. Alhamdulillah, aku sungguh gembira dan rasa beruntung kerana berada dalam jalan mahabbah Rasulullah ni. Beberapa minggu lepas persembahan qasidah di SMKA Slim River, Perak sangat memberansangkan. Semua pelajar begitu bersemangat untuk melaungkan kata-kata cinta terhadap Rasulullah. Dengan alunan lagu YA HANANA yang dialunkan oleh sahabat aku, Khairol, mampu menaikkan semangat pelajar-pelajar untuk turut sama berqasidah bersama kami. Alhamdulillah, ramai yang sudah mengenali lagu Ya Hanana ni.

Minggu depannya pula, di SMKA Kerian, juga perkara yang sama berlaku. Lagu Ya Hanana dan Ya Rabba Makkata sangat digemari oleh pelajar-pelajar. Mereka melaungkan qasidah-qasidah ini dengan cukup bertenaga bersama kami. Sempat juga kami bertemu muka dengan team qasidah daripada sekolah ini dan sempat juga mereka mendendangkan dua buah lagu kepada kami. Alhamdulillah, penerimaan qasidah di sekolah ini amatlah menggalakkan sehingga ada 2 orang pelajar yang bertemu personally dengan aku untuk menuntut ilmu bermain alat muzik. Haha, nak tergelak aku. "Abang ni bukan specialist untuk main alat dik. Abang ni tekong..haha.." usik aku..hehe. Bukan apa, sebab malam tu aku main alat sebab orang yang sepatutnya main tu tak hadir jadi aku gantilah tempat dia untuk main. Hahaha. Malam tu aku sempat bawak satu lagu je, yang len khidmat untuk main alat. hehe..

Alhamdulillah, bermula dari awal Rabi'ul Awal dah ada jemputan untuk persembahan qasidah. Nak cerita semua memang panjang lah jadinya, so, aku cerita majlis yang besar-besar je la ye..hehe. Firstly, majlis sambutan Maulidur Rasul di Ma'ahad Tahfiz Ibnu Sina kat Prai, Penang. Alhamdulillah, hadirin yang cukup ramai dan persembahan yang bertenaga dari 5 kumpulan qasidah. Tak lupa juga persembahan di Majlis Maulidur Rasul di IPG aku sendiri yang didatangi oleh seorang ulama' besar, Habib Mahdi bin Abu Bakar Al Hamid. Seorang mudir di Madrasah Tazkiah di Kuala Lumpur. Penyampaian beliau yang cukup terkesan ke dalam jiwa sesiapa yang mendengarnya.

Keesokkan harinya pula, kami dijemput untuk membuat persembahan di Anjung Menjaro, Yan, Kedah. Pada majlis itu juga didatangi oleh Habib Mahdi yang datang ke IPG aku hari sebelumnya. Beberapa hari selepas tu, kami dijemput untuk membuat persembahan di Majlis Walimah bekas pelajar IPG kami, Ustaz Afif Yahya, seorang individu yang hebat bukan sahaja di IPG malah seluruh Malaysia. Aku sangat kagum dengan beliau dan sekarang dah menerbitkan 6 buah buku. Sejurus selepas tu, kami terus bergerak ke Stadium Suka Menanti, Kedah untuk persembahan pada malam tu bersama dengan Syeikh Nuruddin Al-Marbu Al-Banjari Al-Makki. Seorang ulama' yang sangat hebat dalam ilmu hadis. Sebelum majlis malam tu, aku sempat untuk hadiri Majlis Anak-Anak Berselawat di tempat yang sama. Kali ni agak special sebab aku ditugaskan untuk jadi pengacara majlis..hehe..

Selang beberapa hari lepas tu, kami dijemput pula untuk buat bersembahan di Kompleks Tarbiyyah Raudatul Jannah (KoTaRaJa) di Ipoh, Perak. Kami tiba agak lambat sebab perjalanan yang agak jauh. Alhamdulillah, setibanya di tempat tu kami terus dijemput untuk mempersembahkan beberapa lagu qasidah. Majlis kali ini dihadiri oleh Syeikh Zainol Asri bin Hj Romli atau dikenali dengan Paklong Zainol. Seorang ulama' yang sangat terkenal di Kedah dan merupakan seorang Mudir di Ma'had Tahfiz Darul Hadis. Penyampaian beliau pada pagi tu sungguh menusuk dalam kalbu. Beliau menceritakan sedikit sebanyak berkenaan lagu qasidah yang dibawa oleh kami iaitu lagu Ya Hanana dan Solatun Bissalamil Mubin. Bila dihayati maknanya, sangat terkesan ke dalam hati. Paklong Zainol menerangkan maksud Ya Hanana yang dikatakan Kami Seronok. Seronok kerana kita dikurniakan seorang nabi yang sangat mulia yakni Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, majlis yang cukup bermakna dengan penyapaian tausiah daripada Paklong Zainol. Sollu Alan Nabi!

Mungkin itulah sedikit sebanyak aku boleh ceritakan sepanjang perjalan mahabbah Rasulullah ni. Banyak lagi yang aku boleh ceritakan pengalaman sepanjang perjalanan ni tapi takut jadi panjang sangat pulak kan..hehe..walaubagaimanapun, dalam perjalanan ni, banyak jugak la mehnah dan tribulasi yang kami hadapi.. Kesukaran, wang, tentangan dan macam-macam lagi la..mungkin tak sesuai untuk aku ceritakan di sini..hehe..

Akhirnya, sempena bulan yang mulia ini, bulan Maulidur Rasul, marilah sama-sama kita banyakkan selawat dan tidak lupa juga untuk mengamalkan sunnahnya. Bukan dalam bulan ini je, tapi sepanjang hidup kita. Moga-moga kita beroleh syafaat di akhirat kelak..  :)

Logo Kumpulan Kami

3 luahan hati:

  1. ohh...memang famous cikgu ni =P

    seronoknya ko berjalan merata-rata tempat...aku harap ko teruskan apa yg ko buat ni sampai bila2... =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..xda la femes pn..
      doa2la kat kitorang spaya trus dgn agenda ni ye..

      Padam
  2. insyaAllah...benda baik mesti aku doakan =)

    BalasPadam

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)