Khamis, 30 September 2010

Nak ber'couple' boleh tak?

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Apa Itu Ber’couple’?
Ber’couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ada yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber’couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat ‘study group’ ataupun ‘group discussion’. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini, hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber’couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Mengapa Ber’couple’ Haram?
Ya, mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber’couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber’couple’? Memang tidak dinafikan, dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36 : “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”
Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13 : “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih-kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur (24) ayat 30 : “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur (24) ayat 31 : “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”

Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’ (17) ayat 32 : “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je”, “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca, sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda Rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*
Hadis kedua ;
Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya’ “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)

Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja, menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

Apa Yang Patut Dilakukan?
Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.

Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang baik sebagai teman hidupnya. Firman Allah dalam Surah An-Nuur (24) ayat 26 : “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”.

Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, dengan syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta memilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik. Tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu. Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut (29), ayat 38 : “Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”

Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya. Firman Allah dalam Surah Al-A’raf (7) ayat 201 : “Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Para pembaca adalah diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal (8) ayat 20-22 : “Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: “Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).

Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah (45) ayat 7-11 : “Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri khabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al-Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab iaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”

Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul, bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 : “Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: “Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)”, serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir)(150), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan(151). Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah (45) ayat 23 : “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah (2) ayat 216 : Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam.

Rabu, 29 September 2010

Format XP using Flash Drive/Pendrive

Tutorial ni aku dapat daripada Cahya Prastyanto's World cuma aku terjemahkan dalam bahasa melayu. Tiba-tiba tergerak hati aku nak kongsikan sedikit macam mana cara kita nak format laptop menggunakan pendrive. Biasanya, kita akan format laptop guna CD la kan. Tak payah nak susah-susah guna pendrive. Tapi, macam mana kes laptop yang takde CD ROM? Senang cerita, netbook yang kecik tu. Beberapa hari lepas aku baru memformat netbook. Aku rasa berguna jugak untuk mereka-mereka yang suka sangat format laptop. Ok la, sekarang aku ceritakan macam mana.


STEP 1
Beli satu USB Flash Drive sekurang-kurangnya 2GB. Lakukan proses ini pada laptop atau PC yang mempunyai CD ROM.STEP 2
Muat turun software ini (Komku-SP-usb.exe) 1.47MB
Klik pada link dibawah:

Download - MediaFire


Anda boleh juga download kat mana-mana host di bawah:
Rapidshare
Megaupload


Software ini mempunyai 3 aplikasi:
-BootSect.exe Boot Sector Manipulation Tool)
-PeToUSB (http://GoCoding.com)
-usb_prep8 (Prepares Windows XP Setup LocalSource for Copy to USB-Drive)\

STEP 3
Double klik Komku-SP-usb.exe yang telah selesai dimuat turun.

satu window akan muncul dan klik Install


STEP 4
Masukkan USB Flash Drive pada Laptop anda.

Cari folder C:\Komku\PeToUSB\ pada laptop anda.
double klik PeToUSB.exe


satu window akan muncul seperti ini...

Destination Drive : pilih USB Removable
tandakan pada Enable Disk Format
tandakan pada Quick Format
tandakan pada Enable LBA (FAT 16x)
Drive Label : XP-KOMKU (atau apa sahaja yang anda mahu)
kemudian, klik Start


Klik YES untuk teruskan...

Klik YES

Tunggu beberapa ketika...


Klik OK, dan anda boleh tutup window PeToUSB.

STEP 5
Buka Command Prompt..
Klik Start > Run > taip cmd > klik OK

Pada window Command Prompt, cari lokasi C:\Komku\bootsect\
Bagaimana lakukannya?
mula-mula taip cd\ dan tekan Enter


kemudian taip cd komku\bootsect dan tekan Enter


keputusannya...


Jangan tutup window Command Prompt ini, dan pergi ke step 6..

STEP 6
pada window command prompt, taip bootsect /nt52 H:


H: adalah drive untuk USB Flash Drive saya, ia mungkin berbeza dengan anda...

dan tekan Enter

keputusannya.."Successfully updated filesystem bootcode. Bootcode was successfully updated on all targeted volumes."


jangan tutup window Command Prompt ini, dan terus ke Step 7...

STEP 7
sekarang, taip perkataan cd.. dan tekan Enter


kemudian taip cd usb_prep8 dan tekan Enter


taip usb_prep8 sekali lagi dan tekan Enter



STEP 8 Window command prompt akan kelihatan seperti dibawah:


tekan mana-mana kekunci untuk teruskan...
welcome screen usb_preb8 akan muncul


sekarang, masukkan CD Windows XP ke dalam CD/DVD ROM anda
dan kembali kepada window command prompt tadi

taip 1 kemudian tekan Enter..
window "Browse For Folder"akan muncul, pilih CD/DVD anda dan klik OK


hasilnya.. "XP Setup Source Path" telah bertukar kepada G:\ (anda punya mungkin berlainan)



sekarang pada poin yang ke 2, jika huruf T telah ditetapkan pada komputer anda, anda hendaklah tukarkan ia....jika tidak, biarkan sahaja
bagaimana untuk tukarkan ia?
taip 2 dan tekan Enter...

"Enter Available Virtual DriveLetter"
sebagai contoh anda tidak mempunyai drive S
jadi, anda taip S dan tekan Enter

kembali kepada skrin welcome usb_prep8..
sekarang taip 3 dan tekan Enter...

"Please give Target USB-Drive Letter e.g type U" Enter Target USB-Drive Letter:
oleh kerana Flash drive saya ialah H
jadi, taip H dan tekan Enter...

kembali ke skrin welcome usb_prep8..
sekarang taip 4 dan tekan Enter untuk membuat gambar sementara yang baru dengan LocalSource XP dan salin ke USB Flash Drive
sila tunggu untuk seketika..


"WARNING, ALL DATA ON NON-REMOVABLE DISK
DRIVE T: WILL BE LOST! Proceed with Format (Y/N)?"
taip Y dan tekan Enter
sila tunggu...
apabila virtual disk selesai diformat, tekan mana2 kekunci untuk teruskan...


sila tunggu..penghasilan LocalSource sedang dalam pemprosesan...


apabila keluar "Making of LocalSource folder $WIN_NT$.~LS Ready"
tekan mana-mana kekunci untuk teruskan...



"Copy TempDrive Files to USB-Drive in about 15 minutes = Yes OR STOP = End Program =
No"

tekan Yes dan tungu...



"Would you like USB-stick to be preferred Boot Drive U: bla... bla..."
Tekan Yes



"Would you like to unmount the Virtual Drive ?"
Tekan Yes, tunggu seketika, dan tekan mana-mana kekunci....
tekan mana-mana kunci sekali lagi untuk tutup usb_preb8..


Sekarang, USB Flash Drive anda telah siap...


STEP 9:
Sekarang, masukkan USB Flash Drive anda ke dalam notebook (e.g Acer Aspire One)
pergi ke BIOS dan jadikan USB HDD (or USB ZIP) sebagai boot device yang utama...

kemudian, exit and save, tunggu sehingga sistem reboot dan akan keluar window di bawah



pilih "TXT Mode Setup Windows XP, Never unplug USB-Drive Until After Logon"

Kemudian, format lah seperti biasa. Dan tunggulah sehingga install xp selesai.



Teruskan pemasangan Window XP dan selesai!



Sabtu, 25 September 2010

Deja Vu dan Psikik

PADA SATU HARI, anda berjalan-jalan di taman untuk menikmati pagi yang cerah. Tidak ramai orang di situ. Berdekatan sebuah kolam yang dihuni ikan koi, seorang pelukis muda sedang mengasah bakat. Dua orang kanak-kanak bermain bola. Seorang penjual aiskrim sedang melayan pesanan.

Tiba-tiba anda merasakan sesuatu. Pemandangan itu, ia bagaikan pernah anda saksikan sebelum ini. Kedudukan orang, apa yang mereka lakukan, bahkan percakapan mereka juga seolah-olah sudah terpahat dalam ingatan anda sekian lama. Namun anda begitu pasti bahawa anda tidak pernah ke taman tersebut sebelum pagi itu.


Dan secara mendadak juga hati anda mendesak supaya anda cepat-cepat beralih. Selang seminit sahaja selepas anda terus berjalan menyusuri tebing kolam, sebuah kereta yang terbabas tiba-tiba menjunam ke dalam air. Jika anda terus berdiri di tempat tadi, kereta itu tentunya telah mengheret anda, dan suasana di taman itu tentunya tidak lagi begitu indah.

Kisah ini hanyalah ciptaan semata-mata. Tetapi ia mungkin pernah berlaku kepada anda dalam kehidupan sebenar. Ia membawakan dua situasi yang sering memaksa saintis berfikir panjang dan menjalankan kajian demi kajian untuk memahami sesuatu yang sungguh dekat dengan diri kita, tetapi begitu jauh dari difahami.


Deja-vu adalah satu keadaan di mana secara spontan hati anda berkata bahawa anda pernah berada di situasi tertentu, dengan keadaan seperti yang ada di sekeliling anda secara tepat. Ia mungkin terbit daripada suatu kebetulan, tetapi lebih kerap lagi ia seolah-olah mengesahkan pesanan di masa silam bahawa anda akan menghadapi situasi itu pada masa hadapan.

Profesor Hans Holzer dalam bukunya bertajuk “Han’s Holzer The Supernatural – Explaining The Unexplained” ada menceritakan tentang konsep Deja Vu (bahasa Perancis – dalam bahasa Melayu bermaksud “pernah dilihat”). Katanya ahli sains memberikan penjelasan bahawa Deja Vu berlaku oleh kerana kelewatan otak memproses maklumat visual yang diterima. Kelewatan ini memberikan gambaran seolah-olah suasana yang berlaku kepada penerima pernah berlaku sebelum ini.

Saya sendiri sekali-sekala mengalami proses Deja Vu ini dan ia melibatkan kombinasi visual, audio dan persekitaran. Deja Vu yang saya alami semuanya dalam tempoh beberapa saat. Contohnya pernah melihat sesuatu benda dan dalam masa yang sama mendengar percakapan seseorang.

Profesor Hans Holzer bagaimanapun mempersoalkan bagaimanakah konsep kelewatan maklumat tadi dapat dijelaskan sekiranya ia melibatkan satu pengalaman yang agak lama. Contohnya seseorang boleh menunjukkan arah dengan sangat dalam satu rumah yang belum pernah dilawatinya sebelum ini.

Belia juga ada menyebut tentang Extrasensory Perceptions (ESP) iaitu kebolehan mendapat maklumat awal tentang perkara yang akan berlaku. Katanya kebolehan ini sebenarnya normal dan ada pada setiap manusia, yang berbeza hanyalah kekuatannya.

Satu istilah lain yang menarik minat saya ialah Out of Body Experience (OOBE). Profesor Hans Holzer menjelaskan OOBE adalah pemisahan antara fizikal dan spiritual seseorang. Ianya biasa berlaku dalam mimpi. Apabila terpisah spirit (roh?) seseorang boleh melangkaui jarak, tidak ada sakit, dan tidak ada masa. Seseorang itu masih mempunyai kawalan ke atas spirit seperti biasa, cuma tanpa kehadiran fizikal. Oleh kerana OOBE juga, seseorang dapat merasakan pengalaman seperti terjatuh dari tempat tinggi sebelum terjaga dari tidur. Ini kerana kesan dari perubahan kelajuan di mana spirit tanpa fizikal mula menghampiri badan dan masuk semula.

Begitu juga dengan kebolehan seseorang untuk melihat seseorang yang telah tiada. Ianya ada kena mengena dengan kebolehan psikik seseorang.

Menurut beliau juga istilah supernatural sebenarnya terbit oleh kerana kita tidak mengetahui tentang sesuatu perkara. Sekiranya diketahui, ianya bukan lagi supernatural. Contohnya kebolehan untuk berkomunikasi tanpa wayar dalam jarak yang jauh, suatu masa ianya adalah supernatural tetapi tidak lagi kini.

Ketakutan adalah oleh kerana tidak mengetahui, begitu kata profesor ini.

Wallahualam.

p/s : sesiapa yang ada maklumat lanjut tentang perkara di atas bolehlah sama-sama kita kongsikan. TQ.

Ahad, 19 September 2010

Orang Gila

Cuti raya akhirnya melabuhkan tirainya dan ramai lah berpusu-pusu, berkejar-kejaran untuk balik ke kampus masing-masing. Alhamdulillah, aku selamat sampai ke IPG aku malam semalam. Rata-rata setiap orang yang aku jumpa mesti tanya pasal 'assignment'. Aduh! aku sendiri pun belum siap. Ye la, orang kata, cuti mana boleh buat kerja-kerja 'assignment' ni. Lebih-lebih lagi cuti raya. Orang yang rajin pun jadi malas tau tak (aku la tu, haha kerek). Jadi kepada yang tension dengan 'assignment' tu, jangan la tension ya. Buat bagi siap pelan-pelan. Haha.

Bagi nak menghilangkan sikit ke'tension'an korang, baca la cerita kat bawah ni. Aku sedia khas untuk mereka-mereka yang tertekan tu. Harap-harap lepas baca ni datang la sikit mood nak buat assignment tu ye.

Ini adalah cerita benar yang berlaku di sebuah tempat di Kota Bharu Kelantan. Nama tempat itu terpaksa dirahsiakan untuk menjaga keaiban tempat itu.

Ceritanya begini. Pada suatu hari, ada seorang gila cuba hendak membunuh diri dengan terjun dari tangki air di kampungnya. Maka hebohlah seluruh kampung dan Pasukan Bomba dan Penyelamat dipanggil serta merta untuk memujuk orang gila itu. Tetapi mereka tidak berjaya memujuk orang gila itu supaya turun dari tangki air, termasuklah penduduk kampung tersebut.

Ditakdirkan Allah di saat-saat yang genting, seorang hamba Allah telah mencadangkan supaya orang gila lain disuruh memujuk orang gila itu. Secara kebetulan di kampung itu ada lagi seorang gila yang juga member kepada orang gila itu. Orang gila yang disuruh memujuk itu meminta pisau cukur dari seorang tukang gunting dan menghampiri tangki air itu sambil memegang pisau cukur.

Dia menjerit dalam Bahasa Kelate, 'Hoi ore gilo, mu turun cepat, kalu mu dok turun, aku tebang tiang taki air nih. Cepat turun, gila ko mu ni'. Maka orang gila yang hendak bunuh diri ni pun berfikir, 'Kalu aku dok turun, dia ni tebang sungguh nih. Baik aku turun, dia ni bukan buleh wat kira, dia ni gila, lamo dia tebang sungguh?. Jadi orang gila itu pun terpaksa membatalkan niatnya untuk bunuh diri.

Moral: Orang gila hanya boleh dilayan dengan orang gila"

Crazy Frog (katak gila). Ingatkan manusia je gila. Haha


p/s : selamat meneruskan pengajian di universiti masing-masing. kepada yang bakal menghadapi peperiksaan PMR dan SPM tu, belajar elok-elok. Wassalam. ^_^

Jumaat, 10 September 2010

Cerita 1 Syawal


Salam lebaran...
Hari ni aku nak kongsi sedikit kisah yang berlaku pada 1 syawal ni. Nak start dari mane ntah? dari bangun tidur. Ah, bangun tidur wat ape nak cerita kan. Pada pagi yang dingin sebab nak hujan ni, berlaku satu musibah kat kami sekeluarga. Musibah ape? macam teruk je bunyi. Takde la, hanya ujian kecil yg membuatkan kami sefamily tak dapat beraya di kampung. Ape citer nie? Begini...
Sebaik saje nak bertolak ke kampung, agal terkejut dengan keadaan kereta. Kereta hilang?? bukan..tayar kereta pancit. Lor, pancit je pun. Tukar je la tayar, ape susah. Memang la, rileks dulu, dengar citer bagi abis. Aku pun bertungkus lumus dgn abah aku me'replace'kan tayar yg bocor tecucuk paku tu dengan tayar spare. Tapi, ape yg jadi? Kami menghadapi kesukaran utk menarik keluar tayar yang pancit tu walaupun kereta telah di'jek' n skru2 semua dah dicabut. Alamak, mampus ni. Tak sangka orang yang kuat macam aku pun tak leh nak tarik keluar tayar tu. Ceh, poyo la palak. Panggil la jiran sebelah rumah seorang tukang kayu utk membantu kami. Tapi apakan daya, beliau juga tak dapat nak 'cokeh' keluar tayar tu. Hmm, ayah kata memang dah tak leh wat ape dah ni. Kena beraya kat rumah la jawabnya. Menangis tersedu-sedu la adik2 aku semua. Haha, macam ye je. Siap ada sesi temuramah wartawan lagi 2. (akulah wartawan tu..hak2)
Nampaknya aku ngn ayah aku je la gi solat hari raya memandangkan ade sebiji motor kat rumah aku. Motor boleh naik 2 org je lau tak silap aku. Memang la! Sejurus lepas selesai agenda masjid, abah hello kat pak sedara aku, ingat nak mintak tolong la kan. Tapi sian gak sebab dia pun nak beraya hari tu. Dah dia kata OK! ok je la kan. Datang la die untuk cuba membantu mengeluarkan tayar tu. Tengok kat jam, lor dah pukul 11.30 lebih. Kire ok la 2. Harapan kami dia bisa membantu. Yeah! mmg berjaya! usaha keras dia mencokeh tayar berhasil! Dah nampak dah muka2 nk beraya kat kampung kat muka adik2 aku. haha. Akhirnya proses replace tayar selesai. Plan nak beraya kat kampung terlaksana jugak akhirnya. Tapi sampai2 kat kampung bersiap2 nak g solat jumaat dah. Aduh, tak sompek gak den nak berayo. tak po la. Janji dapek balik kampung. (tibe2 terkeluar loghat n9).

gambar sebelum bertolak ke kampung.


Secara kesimpulannya, ade la jugak 4, 5 rumah yang sempat kami lawat. Tapi, serius tak macam taun2 lepas. Memang raya kali ni tak meriah lansung. Aku kadang2 tertnya2 ape erti raya ni dalam diri aku. Baju baru? selipar baru? kopiah baru? segala-galanya baru? Sesetengah orang amat gembira bila habisnya ramadhan n syawal pula menjelma. Sebab ape? Mana kesedihan kita berpisah dengan Ramadhan, bulan yang penuh dengan barakah, keampunan. Mungkinkah ada lagi Ramadhan utk kita pada tahun akan datang? Fikir-fikirkanlah. Jadikanlah amalan2 yg kita lakukan dlm bulan Ramadhan sebagai amalan harian kita. Istiqamahlah dalam beramal.
Wallahu'alam......

p/s: etceli kmpung aku tak jauh mane pun. dalam satu daerah je.hahaha..

Khamis, 9 September 2010

Salam Aidilfitri

Di malam yang hening ni, walaupun aku rasa macam duk kat palestin je ni. ye la, budak2 main mercun bunyi sana, bunyi sini, aku rase macam duk dalam kawasan peperangan pulak. Oh ye, rupenye esok kita akan menyambut hari raya. alhamdulillah. abis jgak pose aku taun ni. pejam celik pejam celik dah habis bulan Ramadhan rupanya. Rase agak sedih nk tinggalkan bulan yang penuh dgn keberkatan ni. moga-moga amalan kita semua diterima hendaknya. teringat pulak kat kanak2 di palestin sana, agk2 macam mana diorang beraya ye? moga2 Allah beri perlindungan kepada mereka. amin...

sempena dengan raya ni jgak aku dah buat perubahan sikit kat blog aku. memang agak lama aku tak update blog ni. bukan malas ke ape tapi memang malas pun. aha.

dikesempatan ni juga..aku nak mengucapkan selamat menyambut aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini...
especially to sahabat2 falahiah, kmpp, ipgktb n sape2 saje yg prnah mngenali aku,
ampun dan maaf dipinta andai pernah terkasar bahasa..
terlanjur kata...
terpukul kat mana2...
dan segala salah dan silap aku selama kita bersahabat..
tak lupa juga kpd blogger2 yg prnah melawat blog yg tak seberapa ni...

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)