Ahad, 26 Disember 2010

Jersi Tak Boleh Pakai?


Disebalik keghairahan semarak Piala Dunia Afrika 2010 baru-baru ini dan kerancakan Liga Liga Eropah yang tidak pernah hilang peminat, masyarakat Malaysia tertumanya peminat-peminat bola sepak sangat ghairah membeli jersey-jersey untuk menunjukan sokongan pilihan negara dan kelab masing-masing. Daripada jersey berharga puluh-puluhan ringgit sehinggalah jersey ratus dan ribuan ringgit.

Tetapi,harus diingat bahawa disebalik jersey itu adakalanya membawa lambang kristian! Seperti logo-logo mahupun bendera negara-negara tertentu dan juga penaja-penaja daripada syarikat Arak. Apakah hukum umat Islam memakai jersey yang mempunyai lambang kristian tersebut?

Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen selagi mana memenuhi tuntutan syarak seperti menutup aurat, tidak membazir dan sebagainya kerana kaedah (الأصل في لأشياأ الاباحة) asal setiap sesuatu itu adalah harus selagi mana tidak ada dalil-dalil menunjukan perkara tersebut haram.

Saya ingin memetik terjemahan daripada Ulama' daripada Saudi dalam fatwanya tentang hukum membeli kereta yang mempunyai lambang salib dan saya kiaskan perkara itu kepada membeli baju jersey yang ada lambang salib.
“Terdapat beberapa bentuk dan jenis salib yang berbeza disebabkan berbezanya masa, tempat dan penganut kristian. Salib digunakan dalam bentuk yang berbagai, sebahagiannya sering digunakan sebagai salib dan sebahagiannya digunakan untuk salib dan bukan dengan maksud salib, seperti tanda campur (+). Pada pandangan kami, hukum perkara ini adalah seperti berikut:

1. Jika logo itu dibuat sememangnya dimaksudkan logo salib (kristian). Maka ia tidak boleh dibawa, dipakai, dijual beli dan dilukis oleh seorang muslim. Sebab pengharaman ini adalah untuk menjauhi dari menyerupai kristian dan membesarkan lambang agama yang batil. Sebab pengharaman ini berlaku ke atas setiap bentuk salib yang dikenalpasti oleh penganut kristian apabila bantuk itu digunakan adalah untuk membesar dan sebagai lambang agama mereka.

2. Adapun jika dilukis sesuatu hiasan tertentu, atau dibuat sesuatu alat perumahan atau suatu alat-alat (kegunaan) biasa, kemudian secara kebetulan ia menghasilkan bentuk seperti bentuk salib, maka ia perlu dilihat:
     i. Jika ia nyata/jelas bagi orang yang melihatnya kali pertama sebagai salib yang masyhur digunakan hari ini dikebanyakan gereja-gereja dan dikalangan penganut kristian. Iaitulah bentuk dua garisan (bersilang), salah satunya menegak dan satu lagi melentang, dimana garisan melingtang itu berada dalam kedudukan membahagikan garisan menegak kepada bahagian atasnya lebih pendek daripada bahagian bawah. Inilah bentuk salib yang paling masyhur semenjak ia direka oleh penganutnya, sepeti bentuk kayu yang digunakan untuk menyalib orang yang hendak dibunuh. Maka jika bentuk ini yang jelas kelihatan bagi orang yang melihatnya buat kali pertama, maka wajib membuang bentuk itu dan menghilangkannya. Atau menggantikan bentuk itu dengan menjadikannya bentuk lain. Ini kerana Nabi S.A.W.


لَمْ يَكُنْ يَتْرُكُ فِي بَيْتِهِ شَيْئًا فِيهِ تَصَالِيبُ إِلَّا نَقَضَهُ

Maksudnya: “Tidak membiarkan sesuatu di dalam rumahnya yang berbentuk salib, melainkan baginda memusnahkannya.” (H.R. al-Bukhari)

    ii. Jika bentuk salib itu tidak jelas/nyata, dan dia terhasil dari ukiran/hiasan secara tidak sengaja, atau ia merupakan binaan yang mempunyai peranannya, atau ia merupakan simbol metematik, seperti simbol tambah atau darab. Maka bentuk-bentuk sebegini tidak perlu dibuang dan dihilangkannya, maka tidak salah membuat bentuknya, menjual untuk tujuan ini, disebabkan tidak adanya sebab larangan iaitulah menyerupai kaum kuffar.

Maka ketika itu dilihat tujuan syarikat tersebut menjadikannya lambangnya sedemikian rupa, jika mereka memaksudkan salib, maka hukumnya adalah hukum salib, orang yang membeli kereta itu hendaklah membuang lambing tersebut atau mengubah bentuknya. Tetapi jika pihak syarikat memaksudkan lambang itu dengan maksud yang lain, hukumnya bukan hukum salib.

Jadi, saya nasihatkan kepada sahabat-sahabat saya dan peminat bola sepak dalam kalangan orang Islam hati-hati dalam membeli jersey yang mempunyai lambang salib!Jangan jual aqidah anda dengan minat anda terhadap bola sepak....Anda juga yang rugi...Bukan niat saya untuk menghalang anda untuk membeli jersey kesukaan anda!Kerana saya juga merupakan salah satu jutaan peminat bola sepak..

LOGO AC MILAN

 LOGO BARCELONA

 LOGO BRAZIL


 LOGO PORTUGAL


LOGO REAL MADRID

(post ini atas permintaan sahabat saya iaitu Naqiuddin)

Jumaat, 24 Disember 2010

Test Keperibadian Anda Melalui Buah

 
"Test ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti. Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda". Malah penyanyi kesayangan ramai Sawi (bukan nama sebenar) mempunyai keperibadian buah E...

Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat:

7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 jenis buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada:

A. epal
B. pisang
C. jeruk
D. mangga
E. rambutan
F. limau

Buah manakah yang akan anda pilih?

Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda!
Berfikirlah dengan berhati-hati.










scroll ke bawah















Ini dia jawapannya...


A. jika anda pilih epal:
bererti Anda adalah orang yang suka makan epal

B. jika anda pilih pisang:
bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang

C. jika anda pilih jeruk:
bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk

D. jika anda pilih mangga:
bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga

E. jika anda pilih rambutan:
bererti Anda adalah orang yang suka makan rambutan

F. Jika anda pilih limau:
bererti Anda adalah orang yang suka makan limau





aderke...hehehehheh......hehehee... hehhhehhehe .. hehehee..

Khamis, 16 Disember 2010

Manfaat BERTUDUNG Kaitan ISLAM & SAINS

Tahukah anda? Zaman sekarang lebih teruk berbanding zaman Jahiliyah dulu? Mengapa saya berkata sedemikian? Kerana zaman Jahiliyah dulu, semua wanita berpakaian Jilbab. Apa kaitannya zaman sekarang?Zaman sekarang semua wanita tidak berpakaian jilbab DAN ada juga yang berpakaian jilbab tetapi tidak menutup sepenuhnya...

Tidakkah anda perasan,terlalu banyak penyakit kulit menimpa orang yang mendedahkan aurat terutama wanita di Amerika Syarikat yang sudah tidak menutup aurat sepenuhnya??? Mereka sehingga mengamalkan krim-krim kononnya mampu menangani masalah mereka TETAPI MEREKA LUPA UNTUK MENUTUP AURAT SEPENUHNYA...MEREKA LUPA UNTUK MENGENAKAN PAKAIAN YANG TEBAL-TEBAL. Kerana itulah mereka sentiasa mendapat pelbagai penyakit dan penyakit itu berleluasa kepada cucu cicit mereka..

Allah memerintahkan sesuatu pasti ada manfaatnya untuk kebaikan manusia sejagat.Sudah tentu setiap yang benar-benar manfaat dan dilaksanakan sepunuhnya dalam kehidupan seseorang, sudah tentu perlu mengikut apa yang disyariatkan atau diperintahkan oleh-Nya. Antara perintah Allah s.w.t itu adalah berjilbab bagi wanita muslimah. Berikut ini beberapa manfaat berjilbab menurut Islam dan ilmu pengetahuan.

1. Selamat dari azab Allah s.w.t (azab neraka)
“Ada dua macam penghuni Neraka yang tak pernah kulihat sebelumnya; sekelompok lelaki yang memegang cemeti laksana ekor sapi, mereka mencambuk manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip punuk unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau syurga itu tercium dari jarak yang jauh” (HR. Muslim).

Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan “Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebahagian tubuhnya dan menampakkan sebagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya dan inginkan perhatian di khalayak ramai…

Saya ULANGI AYAT INI…

“Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebahagian tubuhnya dan menampakkan sebahagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya DAN menaikkan nafsu secara sulit kepada orang yang berada di sekelilingnya.

2. Terhindar dari masalah MAKSIAT
Banyaknya maksiat terhadap kaum wanita adalah akibat tingkah laku mereka sendiri. Kerana wanita merupakan fitnah (godaan) terbesar. Sebagaiman sabda Nabi Muhammad s.a.w, “Sepeninggalanku nanti,tidak akan wujud fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” (HR. Bukhari)

Jikalau wanita pada zaman Rasul merupakan fitnah terbesar bagi lelaki padahal wanita pada zaman ini konsisten terhadap jilbab mereka dan tak banyak lelaki jahat saat itu, maka bagaimana wanita pada zaman sekarang??? Tentunya akan menjadi target masalah ini. Hal ini telah terbukti dengan tingginya masalah  di negara-negara Eropah (wanitanya tidak berjilbab). Sudahkah anda lupa, Amerika Syarikat misalnya, setiap hari, terlalu banyak kes-kes jenayah sehingga akhbar tempatan Negara tersebut sudah bosan menulis berita perkara yang sama, tetapi nama penjenayah yang berbeza setiap hari.

3. Memelihara kecemburuan lelaki
Sifat cemburu adalah sifat yang telah Allah s.w.t tanamkan kepada hati lelaki agar lebih menjaga harga diri wanita yang menjadi mahramnya. Cemburu merupakan sifat terpuji dalam Islam.

“Allah itu cemburu dan orang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah apabila seorang mukmin menghampiri apa yang diharamkan-Nya.” (HR. Muslim)

Bila jilbab ditanggalkan, rasa cemburu lelaki akan hilang. Sehingga jika terjadi masalah maksiat tidak ada yang akan membela wanita yang TIDAK BERJILBAB SEPENUHNYA. Perlukah saya buktikan??? Buktinya, lihatlah pada artis-artis yang anda puja selama ini, mereka sering menghadapi konflik rumah tangga kan??? Kerana mereka suka mendedahkan diri di khalayak ramai dan suka menayangkan bentuk tubuh mereka. Seksilah kononnya...INGATLAH!!!Hari ini anda SEKSI (tidak menutup sepenuhnya bentuk tubuh anda), tetapi pada hari perhitungan anda bakal menerima SEKSANYA.....

4. Wanita BERJILBAB umpama biadadari syurga
“Dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya (masih suci dan kekal dara).” (QS. Ar-Rahman: 56)

“Mereka laksana permata yakut dan marjan.” (QS. Ar-Rahman: 58)

“Mereka laksan telur yang tersimpan rapi(tidak pernah diganggu oleh sesiapa pun).” (QS. Ash-Shaffaat: 49)
Dengan berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga iaitu menundukkan pandangan, tak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya, yang sentiasa di rumah untuk menjaga kehormatan diri. Wanita inilah merupakan perhiasan yang amatlah berharga.
Dengan berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga...Anda tidak mahu ini semua??kerana apa???

5. Mencegah penyakit kanser kulit
Kanser adalah sekumpulan penyakit yang menyebabkan sebahagian sel tubuh berubah sifatnya. Kanser kulit adalah tumor-tumor yang terbentuk akibat kekacauan dalam sel yang disebabkan oleh penyinaran cahaya, zat-zat kimia, dan sebagainya.

Penelitian kajian menunjukkan kanser kulit biasanya disebabkan oleh sinar Ultra Violet (UV) yang menyinari wajah, leher, tangan, dan kaki. Kanser ini banyak menyerang orang berkulit putih, sebab kulit putih lebih mudah terbakar matahari.

Wanita memiliki daya tahan tubuh lebih rendah daripada laki-laki. Oleh  itu, wanita lebih mudah terserang penyakit khususnya kanser kulit.

Disebabkan itu, cara untuk melindungi tubuh dari kanser kulit adalah dengan menutup kulit. Salah satunya dengan berjilbab. Karena dengan berjilbab, kita melindungi kulit kita dari sinar UV. Melindungi tubuh bukan dengan memakai kerudung gaul dan baju ketat. Kenapa? Karena hal itu percuma saja. Karena sinar UV  boleh menembus pakaian yang ketat apatah lagi pakaian yang jarang. Berjilbab disini haruslah sesuai kriteria jilbab iaitu pakaian yang tebal dan menutup seluruh bentuk tubuh anda.

6. Melambatkan gejala penuaan
Penuaan adalah proses semula jadi yang sudah pasti dialami oleh semua orang iaitu lambatnya proses pertumbuhan dan pembelahan sel-sel dalam tubuh. Gejala-gejala penuaan antara lain adalah rambut memutih, kulit keriput, dan lain-lain.

Penyebab utama gejala penuaan adalah sinar matahari. Sinar matahari memang penting bagi pembentukan vitamin D yang berperanan penting terhadap kesihatan kulit. Namun, secara ilmiah dapat dijelaskan bahawa sinar matahari merangsang melanosit (sel-sel melanin) untuk mengeluarkan melanin, akibatnya rosaklah jaringan kolagen dan elastin. Jaringan kolagen dan elastin berperanan penting dalam menjaga keindahan dan kelenturan kulit.

Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah. Krim-krim pelindung kulit pun tidak mampu melindungi kulit secara total dari sinar matahari. Sehingga dianjurkan untuk melindungi tubuh dengan jilbab.

Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah. Dan jilbab pun memiliki manfaat. Ternyata bukan sekadar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya. Jilbab bukan hanya sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindung dari penyakit kanser dan proses penuaan.
Perhatikan ayat ini betul-betul….

Ternyata jilbab bukan sekadar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya.Jilbab bukan hanya sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindung dari penyakit kanser dan proses penuaan.Demikianlah Allah memberi kasih sayangnya kepada wanita melalui syariat islam yang sempurna.

Rabu, 15 Disember 2010

Syukran! 'Pilihan Hati'

Alhamdulillah..

Baru je dapat award drpd Al-Hakim (Pilihan Hati)

Time kasih bnyak2 sbb pilih blog ni sebagai penerima award.

Nice award..=)

btw, teruskan ber'blog' & sama2 kita memanfaatkan teknologi sbg medium utk kita berdakwah...

InsyaAllah..:)

Selasa, 14 Disember 2010

Cerita Anak dan Bapak


Ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas kelahiran dia. Sejak itu bapanya jadi amat sangat workaholic sekali dan tak married2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh aje.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada beskal, dia masih jalan kaki. Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, nggak kasian sama anaknya? Dia nggak punya sepeda... apa tuan juga nggak malu?"

Lantas... ... dipanggillah si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la papa, belikan aje saya bola itam dan bola putih ... " Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si papa. "Kenapa bola itam dan putih?"

"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa punya money, belikan itu aje."

Mengingat si anak tak pernah meminta2, so papanya terima aje. maka dibelikanlah anaknya itu beskal generasi terbaru saat itu, yang paling canggih, plus bola itam dan bola putih.

Terus si anak masuk Sekolah Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, ini anak tak minta2 dibelikan sepatu roda sama papanya. Every petang cuma duduk2 aje. Beskalnya juga ditaruh di stor.

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya kepada si papa. Hingga si anak dipanggil lagi. "Nak, kamu tak mau dibelikan kasut roda macam teman2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je... ".

Si anak jawab, "Tak perulah papa, bola itam dan bola putih saya dah rosak.. dibelikan lagi je..tak usahlah beli kasut roda. Tambahan lagi lebih murah bola, tak gitu papa?" Si papa geram . So, tetap si papa belikan kasut roda, plus bola itam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sekolah Menengah.Cerita sama terulang. Sekarang member2nya musim rollerblade. Trend baru... . Sementara petang hari, dia masih setia sama kasut rodanya. Lepas papanya pulang dari luar negri dan melihatkan anaknya yang pakai kasut roda, si papa menjadi sangat malu. Gila, rumah macam gedong, syarikat banyak, keluar negri lagi tu... ... Tapi anaknya ketinggalan zaman. Besoknya, di bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru dengan note: "Biar kamu tak malu".

Malamnya di ruang kerja si bapa ada note balasan: "Papa, Kenapa tak belikan bola itam dan bola putih? Saya lebih suka itu."

"Hoh,, si bapa pas baca note itu mengeluh serta bingung. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih?

Besoknya dan besoknya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan note itu... hingga dia tak tahan dan membelikan anaknya bola itam dan bola putih untuk kesekian kalinya.

Benar, setelah dapat itu bola, si anak tak lagi mendesak papanya lagi.

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang bawa motor and kereta ke sekolah. Suatu hari, ketika bapanya di rumah, si anak pulang dihantar oleh membernya yang dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya tidak 4,3,... 2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor. Maka ditawarkan anaknya. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak suma inginkan bola itam bola putih aja. Si bapa tak terima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berunding. Hingga tercetus keputusan supaya si anak dibelikan motor plus bola itam dan bola putih tentunya. Tetapi si bapak masih kesal. Sudah berapa tahun, dia beberapa kali belikan dua macam bola itu tanpa tau kenapa. Tapi si anak tak ada keinginan dan kemahuan untuk bagitau kenapa.

Hingga tibalah masa untuk melanjutkan pelajaran ke University. Kerana senang dan bangga anaknya masuk University, si anak dihadiahkan kereta Ferrari. Tetapi, sampai beberapa bulan si anak masih lagi naik motoooor aje.

Sehinggalah aweknya juga bingung, kan dia punya ferrari? kenapa naik motor. Bila ditanya, maka dijawab, abis papa tak belikan bola itam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

So, pas makan malam bersama, si awek bagitau sama si papa, kenapa pak cik tak belikan bola itam bola putih?

Si papa sebenarnya sensitif dengan bola2 itu..huh..sampai awek anak aku pun tanya..bila si bapa menanyakan si awek kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, Ferrarinya itu tak akan dipakai selagi tak dikasi bola2 itu.

Si bapa bingung, di bilik anaknya sudah segitu banyak bola itam bola putih. Nak buat apa, fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka besoknya sudah ada bola itam bola putih buat anaknya.

Suatu hari anaknya pergi date dengan aweknya ke gunung naik ferrari. Yelah, anak muda kan, ketika memandu si anak dicium aweknya and dia jadi gelabah dan terus accident!!! Segera di bawa ke hospital si bapa juga ditelepon oleh pihak hospital. Cederanya parah. Mereka berdua tak pakai seatbelt, si awek mati seketika itu jugak dan si anak sudah tenat. Si bapa datang ke Hospital.."macammana doc, anak saya?"

Dokter (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami tidak dapat berbuat banyak.. sepertinya memang sudah waktunya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu terakhir.."

Perlahan si bapak masuk, mendekati anaknya.

"Papa, maafkan saya..tak hati2 bawa Ferrarinya.." si anak juga nangis kerana aweknya tak tertolong. Si papa menenangkan dia... akrablah dua manusia itu beberapa saat. Hingga si bapa beranggapan ini saat terakhir. Dia ingat kembali keinginannya untuk tahu tentang kenapa si anak selama ini selalu minta bola itam bola putih.

"Nak, maafkan papa selama ini yang selalu sibuk..kamu jadi kesepian..maafkan papa, nak. Tak sempat jadi orang tua yang baik."

Anaknya jawab,"tak apa-apa papa, saya faham.. Cuma kecewa kalau papa punya money lebih, malah belikan yang macam2... .saya cuma minta bola itam dan bola putih aje kan?"

Si papa rasa timing-nya tepat ni, "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA ITAM BOLA PUTIH... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU?"

(pembaca juga ingin tahu ya..?)

Si anak jawab dengan terpatah2 dan susah sangat, Habis sudah tenat dan masanya sudah hampir sampai...

"sebabnya ... .saya..saya... saya... ."

Kepalanya rebah dan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat bagitau tau bapanya.

Nah, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau... apalagi aku yang cuma bercerita, lagila... tak tau.

Ahad, 12 Disember 2010

Pengakuan Chef Hotel 5 Bintang


Assalmu'alaikum. Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu wawancara yang sangat menarik bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.

Selain daripada Arak , ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.

Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalam an daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.

Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.

Khamis, 2 Disember 2010

Rahsia BERWUDHU' Dari Sudut Kesihatan

Syarat mendirikan solat ialah mengambil wuduk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk.

Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia berwuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wuduk yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.


Pakar Urat Saraf / neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupuntur kan? Cuba cari dan ketahui dimana terletaknya titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupuntur?kemudian hayati rukun wuduk. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupuntur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu antara sistem saraf dan hormon untuk mewujudkan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupuntur merupakan suatu fenomena yang menarik bila berkaitan dengan syariat wuduk yang disyariatkan 15 abad yang lalu.


Jumlah Titik Akupuntur Pada Anggota Wuduk(rukun dan sunat)

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125

Jumlah keseluruhan = 493

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk!


Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur,pada celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang secara istmewa ianya dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

Terdapat 125 titik akupuntur pada telinga apabila disentuh semasa mengambil wuduk.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wuduk… 


HIKMAH BERWUDUK DARI SUDUT SAINS

Sesungguhnya setiap syariat yang difardukan ALLAH kepada manusia mempunyai rahsia yang tersendiri. ALLAH mewajibkan umat Islam berwuduk sebelum melakukan solat, malah umat Islam disunatkan berwuduk dalam banyak keadaan lain seperti ketika ingin membaca Al-Quran, tidur, mandi wajib dan sebagainya.

Mengapakah wuduk begitu dititikberatkan di dalam Islam?? Apakah rahsia yang tersirat di sebalik perlakuan berwuduk?

Mari kita menyingkap hikmah berwuduk dari teropong sains dan kesihatan.

Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk "Muslims Rituals and their effect on the person's health" (Ibadah Muslim dan kesannya ke atas kesihatan seseorang). Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa berwuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots. Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.

Mengikut ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wuduk utama orang Islam. Lima lagi berada di kawasan di antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk. Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud: "Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya."

Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel pula bermaksud membasuh tangan melebihi siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali iaitu di antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebut di dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir Hassan, Mu'ammal Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A. (Pustaka Ilmu, Surabaya).


Selain daripada ibadah, wuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit. Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.


Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk: "Prayers: A Sport for The Soul and Body" bahawa berwuduk boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut.


Benarlah ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA....

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)