Rabu, 6 Oktober 2010

Kisah Lelaki Jagung

Assalamu'alaikum dan selamat pagi semua. Pagi ni aku nak kongsikan sikit cerita tentang ayam dan jagung. Bukan ayam dan jagung, tapi manusia sebenarnya. Marilah sama-sama kita membacanya.
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"

Semoga anda terhibur dengan kisah ini. (^_-)

2 luahan hati:

  1. haha.. kelakar..
    :) masyeh uat org senyum/gela pagi2 ni..
    =)
    hv a nice day.

    BalasPadam

Link Exchange

Tinggalkan link anda disini untuk saya membalas kunjungan anda. Terima kasih :)